Backpacker Vs Pakej Percutian: Yang Mana Lebih Baik?

Kebanyakan antara kita memang mengidamkan percutian yang sempurna.

So, kepada golongan ini, adalah digalakkan untuk memilih percutian secara berpakej.

Percutian pakej sudah pasti menjanjikan sebuah percutian yang sempurna.

Kamu boleh mendapatkan pakej percutian di agensi-agensi yang berdaftar di merata tempat.

TETAPI.

Apakah perbezaan antara backpacking vs pakej percutian?

Mana satu lebih baik?


~ Destinasi & Lokasi ~

Kamu tidak perlu risau mengenai destinasi dan lokasi jika kamu bercuti secara pakej kerana destinasi nya telah di tetapkan oleh agensi itu sendiri.

Ke manakah lokasi pilihan yang akan dituju sudah lengkap ada di dalam list agensi tersebut.

Kamu hanya perlu ikut sahaja ke mana agensi akan bawa.

Berbeza pula dengan percutian secara backpacker, jika kamu mengamalkan percutian secara backpacker, kamu selalunya tidak mempunyai destinasi pilihan yang tetap.

“A good traveller has no fixed plan and is no intent on arriving”

Mungkin destinasi utama menjadi tujuan tetap kamu, tetapi kamu kadang kala akan ke destinasi lain yang tidak pernah dirancang malah ke destinasi yang langsung tidak pernah kamu terfikir untuk pergi.


~ Masa ~

Percutian secara pakej sudah pasti menjimatkan masa.

Bermula daripada permulaan pengangkutan sehingga lah ke pengangkutan pulang, masanya telah di tetapkan.

Jadi kamu tidak perlu risau dengan masalah masa.

Semuanya akan pantas.

Tapi, satu kelemahan pakej adalah, kamu akan terikat dengan masa.

Percutian secara pakej selalunya secara berkumpulan jadi kamu tidak boleh mengikut masa atau kepala kamu sendiri.

Kamu harus mematuhi tempoh masa yang telah di tetapkan.

Jika kamu diarahkan untuk berhenti di satu tempat selama 1 jam, maka kamu harus menepatinya bagi mengelakkan sebarang kerumitan kepada orang lain.

10 Barang Yang Tidak Wajib Tapi Harus Di Beli Semasa Bercuti Di Selangor >>

Dari segi masa, memberi kelebihan kepada backpacker.

Di mana, kamu tidak perlu terikat dengan masa atau dengan sesiapa pun.

Kamu bebas untuk bergerak tanpa perlu risau.

Kerana kamu bergerak secara sendiri.

So, suka hati kamu lah nak pit stop berapa lama pun!


~ Pengalaman ~

Bercakap soal pengalaman, percutian secara pakej di lihat memberi kurang pengalaman kepada kamu kerana kamu akan merasakan diri kamu di manjakan oleh agensi kamu kerana semuanya telah di sediakan.

Berbeza pula dengan pengalaman melalui backpacker, kamu akan dapat banyak pengalaman baru yang akan mendewasakan kamu.

Mengajar diri kamu untuk menjadi seorang yang lebih berani dan matang dalam membuat sesuatu keputusan.

Sebagai contoh, jika kamu sesat di satu tempat, kamu harus belajar survive sendiri tanpa bantuan sesiapa pun melainkan diri kamu sendiri.


~ Bajet ~

Betul lah kata orang, percutian dengan pakej ni lebih menjimatkan kerana semua telah termasuk dalam pakej seperti tiket masuk ke lokasi dan bayaran makan.

So, kamu tidak perlu risau sangat mengenai bajet melalui percutian kerana semua bajet kamu terkawal.

Bajet untuk backpacker pula tidak menentu.

Kamu harus menyediakan duit sampingan takut-takut kamu terlebih bajet nanti!

So, sebagai kesimpulannya, terserah kepada kamu untuk memilih percutian mengikut keselesaan yang kamu mahukan.

p/s : Saya lebih selesa bergerak secara backpacker kerana paling penting tidak terikat dengan masa!

Sheril Ameera

Write up by Sheril Ameera Wartawan dan Blogger.
Sheril-Ameera.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *