13 Sindrom “PMS” Lelaki Apabila Tengah Merajuk

merajuk sangat tu

Mintak Pujuk Ler Tew  ( Amy McTigue / CC BY-ND )

Kalau perempuan merajuk, cepat je menangis dan lama pulak tu.

Bagaimana dengan lelaki?

Ha, mereka pun merajuk tau. Hati keras manapun, kalau dah jealousnya datang, stress datang, lalu si wanita kurang prihatin, sudah tentu si lelaki merajuk serta merta!

Jadi, macam mana nak tahu tanda-tanda lelaki tengah merajuk?

Apa tanda (ngada-ngada) si dia bila nak mintak kena pujuk?

 

~1~ Mendiamkan Diri

Ya, ini tersangatlah betul.

Apabila merajuk, pasti si dia tiba-tiba diam membisu.

Walaupun nada dering telefon ada, tetapi tidak diangkat, berkemungkinan mereka silentkan bunyi untuk panggilan daripada anda.

Ataupun jika bluetick kelihatan di Whatsapp, mereka membaca tanpa membalas, lalu dibiarkan wanita sendirian tertanya-tanya! Ish…

Selain itu, jika berjumpa pun, mereka enggan bersuara, bila di minta tolong, mungkin dia tolong tapi tanpa bunyi atau jika ditanya dengan beria tentang sesuatu, tetap dia cuma angguk atau geleng kepala tanpa explanation kukuh.

 

~2~ Raut Wajah Kelat

Dalam hal ini, perhatikan wajah mereka, adakah mereka sedang bermasam dan mencebik bibir apabila berjumpa?

Nah, tentu ada benda yang dirajukkan tu. Apabila berjumpa, takda senyuman malah diam membisu, rajuknya tu bergandalah maknanya.

 

~3~ Sepatah Bicara

Ok, kalau tak bersuara tu agak menggeramkan, maka ada di antara lelaki menunjukkan tanda merajuk tetapi masih cuba mengeluarkan suara mereka.

Namun apabila bersuara, yang dijawabnya cuma lah sepatah dua sahaja?

Sebagai contoh, si wanita tanya, “Dah makan ke?”.

Si lelaki hanya menjawab Ya tanpa bertanya semula. Atau lebih kecewa, apabila anda mengatakan ‘I love You’ dan si lelaki hanya membalas, ‘OK’.

Haa, apa perasaan wanita sekalian?

Banyak pesoalan bukan?

 

~4~ Menolak Ajakan

Ada juga apabila mereka merajuk, ajakan anda ditolak dengan kata-kata yang baik seperti, ‘Takpelah, tak sempat makan sama, saya pergi kerja sekarang kerana urusan penting’ walhal hampir setiap hari bersarapan bersama.

Ini bererti, rajuk masih ada walaupun dah bersuara. Perkataan maaf kerana menolak ajakan pun tidak disebut kerana bagi lelaki, anda masih lagi bersalah.

 

~5~ Lakukan Hobi Sendirian

Ini kes jika rajuk berpanjangan.

Mereka akan bersendirian membuat perkara yang di gemari tanpa di temani anda.

Sebagai contoh, setiap kali hujung minggu, pasti keluar bersama untuk berjoging atau berkaraoke, tapi kali ini mereka lakukan sendirian dengan perasaan sebal dan berharap hati terpujuk sendiri.

 

~6~ Keluar Dengan Insan Lain

Sekiranya mereka rasa apabila bersendirian tanpa anda adalah hari yang membosankan, mereka akan cuba mengajak insan lain untuk menemani mereka melakukan aktiviti bersama-sama.

Ini bahaya kerana mungkin memberi peluang si dia terjatuh cinta kepada yang lain dan anda di lupakan !!

=> 13 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang Lain..

 

~7~ Menjauhkan Diri

Hal ini apabila mereka perlukan masa yang lama untuk fikirkan sedalamnya.

Si lelaki berkemungkinan pergi jauh daripada tempat percintaan kalian seperti pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti ke tempat lain agar dapat menenangkan fikiran serta jiwa yang kacau.

Mereka merasakan jika jauh, pasti boleh wujud rasa rindu antara kalian suatu masa nanti.

 

~8~ Dengar Lagu Memori

Seandainya anda bersama dengan si dia, dan dipasang lagu yang sentimental dengan jiwa, itu bermakna, ada sesuatu yang dia inginkan anda paham bahawa si dia tengah merajuk serta ingin di pujuk sang kekasih.

Setiap orang pasti memiliki lagu sentimental tersendiri dan dinyanyikan sepenuh hati oleh si lelaki apabila merajuk.

Fahamilah beliau.

 

~9~ Telefon Bimbit Tidak Di Hidupkan

Jika mereka tak ingin dicari atau disoal, mereka adakalanya mematikan telefon bimbit, maka si wanita akan merasa risau dengan pelbagai persoalan di minda.

Bagi mereka, telefon bimbit itu tidak berguna sewaktu merajuk jadi perlu dimatikan.

Menjauhkan diri dan membisu tanpa khabar, inilah yang lebih merisaukan.

=> 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri..

 

~10~ Serba Tak Kena

Apabila merajuk, dapat di lihat mereka melakukan kerja mungkin tidak begitu memuaskan kerana focus telah lari memikirkan hal lain.

Sebagai contoh, membaca majalah berulang kali tapi tidak difahami juga.

Mungkin saat ini, mereka ingin berbaik dengan sang kekasih tapi masih malu malu untu memulakan sesi meminta maaf.

Oleh sebab itu, buat kerja pun jadi terganggu dan tidak dapat menenangkan diri sendiri

 

~11~ Main Peralatan Teknologi

Yes, lelaki bila merajuk, jika kalian berjumpa pun dia tetap fokus kepada barangan teknologi masing-masing agar sang wanita terasa kecil hati atau marah.

Dengan kewujudan pelbagai aplikasi dan game terkini, mudah sahaja cari modal untuk merajuk.

Maka jika wanita nampak si dia seakan-akan sibuk dengan handphone atau tablet mereka, siap terkumat-kamit mulut, mata laju tengok skrin, ketahuilah bahawa mereka sedang merajuk, jangan kalian menambah rajuk mereka.

 

~12~ Ayat Touching

Bukan ayat cinta tapi ayat yang memberi maksud mendalam dan kadang-kadang seperti memperli.

Contohnya, “Takpela, siapalah saya jika nak dibandingkan dengan lelaki tu, kan, lebih bergaya dan kacak”.

Atau “Takpelah, saya tak layan pun awak tak kisah kan, lebih baik saya diam je”.

Ha, mula je ayat tersebut, bererti si lelaki dah merajuk atau terasa hati.

 

~13~ Gunakan Orang Tengah

Adakalanya, mereka telah off handphone tapi masih mahu menyampaikan maklumat sewaktu dalam keadaan merajuk, maka orang tengah di guna pakai untuk membalas surat atau membalas kata.

Si lelaki tak nak bertentang mata dengan wanita yang disayanginya kerana sedang merajuk, jadi cara ini digunakan.

Nampak tak di situ bahawa si lelaki bukan marah cuma merajuk dan perlu di pujuk segera.

 

~~ Kesimpulannya.. ~~

Jadi sebagai wanita, tolong ambil perhatian tentang perkara tersebut.

Tak boleh dibuat main kerana jika melarat, anda yang terlepas si dia, dan tak dapat berpanjangan hubungan yang terjalin sama ada baru atau sudah lama.

Carilah cara untuk atasi masalah jika dah nampak tanda merajuk agar si dia tetap sayang anda walaupun jauh mana anda berada.

Ingat ya, terlepas peluang, meranalah anda wahai wanita. Dengan itu, hargailah nikmat bercinta, rajuk-rajuk sayang takpa, boleh diterima..


(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)

~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Nona Sani
Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : nonasani.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!