Kenali 13 Jenis Mak Mertua Yang Ada Di Atas Muka Bumi

Mak Mertua Punya Rumah

Mak Mertua Punya Rumah ( Phalinn / CC BY )

Assalamualaikum semua, harap semua sihat dan ceria-ceria selalu bila bukak blog Serikandi ni ye!

Kalau hari tu topik untuk mengetahui suami curang, kali ni kita cerita pasal jenis mak mertua pulak.

Bab-bab kekeluargaan ni memang tak lepas dari pandangan Serikandi ni.

Sebabnya blog ni khas untuk pembaca kesayangan di luar sana untuk dapatkan info yang menarik sambil kongsi-kongsi cerita.

Jangan pendam sorang-sorang tau!

=> 13 Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang

 

Siapa suka anak yatim angkat tangan…

Kawan aku selalu cakap kalau tak nak semak kepala dengan keluarga sebelah laki kot-kot buat hal, cari yatim piatu, sebatang kara dan seangkatan dengannya.

Setel masalah. Gelak jelah aku HaHaHa!

Memang betul jugak apa yang diaorang cakap tu sebabnya kebanyakan mak mertua sekarang ni ada yang terlampau mengongkong kehidupan anak dan ada yang tak boleh terima hakikat anak dia dah kahwin.

Hmmm… Tapi tak semua tau!

 

Ada yang dapat mak mertua macam malaikat…

Untunglaaahhh! Pokok pangkalnya dalam garis panduan Islam tentang jodoh apa yang diutamakan ialah agamanya.

Kalau kita tengok keluarga dia tunggang langgang kemungkinan besar anaknya senget benget sangat tinggi.

Bak orang putih kata “Like mother like son”

So tak kisah la macam mana terdesak sekalipun nak cari pasangan pastikan anda tahu dengan perangai mak mertua anda.

Kalau dia tak restu tu jangan nak kahwin jugak sebab anda takkan tahu apa yang akan anda deal nanti.

Yang pastinya akan buat anda sengsara, stress dan rasa macam nak mati. Jaga-jaga…

Jom kita tengok perangai & jenis mak mertua zaman sekarang ni…

 

1. Mak Mertua Jahat lagi Zalim

Bila cerita pasal mak mertua ni kebanyakan orang kita rasa ngeri dan trauma.

Mana taknya, mana mak mertua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu ni dah kira syirik dah ni.

Bukan sembarangan dia guna siap ambik dari bomoh siam lagi.

Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang.

Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darah!

 

2. Mak Mertua Suka Masuk Campur

Dari anda couple dengan dia sampai dah beranak enam, mak mertua tak habis-habis nak sibuk dengan urusan anda.

Kalau boleh semua perkara mesti direport dengan mak mertua dulu, dapat cop ‘sah’ baru boleh jalan.

Anda nak bercuti kat mana, anda nak kerja apa, nak hantar anak ke sekolah mana sampai nak anak berapa pun dia yang tentukanlah.

Tak terjadi dengan anda tak semestinya spesis macam ni tak wujud tau!

 

3. Mak Mertua Cerewet Dan Banyak Songeh

Anda ingat mak mertua spesis ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P.Ramlee tak wujud?

Ha fikir balik!

Bila anda dapat tahu bakal mak mertua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, Ianya akan beri masalah BESAR pada anda nanti.

Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?”

Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.

 

4. Mak Mertua Pilih Kasih & Berat Sebelah

Memang kerap sangat kita dengar mak mertua pilih kasih ni tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan.

Bila balik kampung je, mak mertua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.

Yang sedihnya anak kita pun turut jadi mangsa berat sebelah mertua ni.

Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak.

Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak.

Memang tak boleh buat apa!

 

5. Mak Mertua Garang

Orang kata mak mertua garang tapi kalau hati baik takpe.

Tapi macam mana pulak kalau garang tak bertempat.

Tak poning kepalo den! Huh!

Aku ada kawan yang mak mertua dia ni tersangat garang orangnya.

Dia ni sangat pantang kalau anak dan menantu perempuan tak buat kerja rumah.

Dia punya membebel tak habis dari pagi sampai petang.

Masalahnya kat rumah mertua dia ni masuk je rumah kalau boleh terus ke dapur.

Lagi banyak duduk dapur dari duduk kat ruang tamu.

Mertua dia nak menantu perempuan sentiasa buat kerja rumah.

Sentiasa masak.

Habuk sikit bising.

Jatuh barang sikit bising.

Habis tu bila nak duduknya?

Stress betul!

 

6. Mak Mertua Baik + Best + Penyayang

Kalau anda dapat mertua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu.

“It’s like you are the choosen one”

Mak mertua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua.

Bertuah badan!

Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan.

Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

HaHaHa…

=> Macam Mana Nak Jadi Seksi Tanpa Perlu Terdedah Sana Sini?

 

7. Mak Mertua Mulut Jahat + Buat Fitnah

Kita selalu dengar, dosa lelaki dari matanya manakala dosa perempuan dari mulutnya.

Apa yang dikatakan ada betulnya.

Pakej yang lengkap bagi kejahatan ibu mertua ialah menyebarkan fitnah.

Paling kerap kita dengar, mak mertua buat cerita yang menantunya curang, mengandung anak haram.

Apa yang mertua tidak sedar ialah dia membuat fitnah yang sangat besar iaitu zina.

Dalam masa yang sama ia memburukkan darah dagingnya sendiri sehingga orang lain memandang hina pada keluarganya.

Nauzubillah!

 

8. Mak Mertua Jenis Berkira

Mak mertua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit dari anda.

Tak cukup dengan itu dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mertua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak.

Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.

 

9. Mak Mertua Banyak Cakap

Kalau dapat yang banyak bagi nasihat takpe, ni dapat yang suka cakap keburukan menantu kat orang lain.

Ni yang parah.

Dapat mak mertua yang suka mengumpat ni memang payah.

Hanya kerana lupa buang sampah sebab tergesa-gesa pergi kerja, habis sampai ke jiran dia canangnya.

Takde benda lain dia nak cakap selain mengutuk keluarga sendiri.

 

10. Mak Mertua Suka Pinjam Duit

Hari tu dah bagi, hari ni mintak lagi.

Ada tak yang pernah kena dengan situasi ni?

Bukan kedekut, tapi mak mertua ni habiskan duit kepada benda yang tak berfaedah langsung.

Contohnya, jiran ada sofa baru, dia pun nak, tapi duit takde.

Makcik Senah ada pakai gelang emas penuh kaki.

Dia pun tak nak kalah.

Masalahnya, duit orang lain yang dikebas.

Makcik Eton menantu dia bagi ribu riban setiap minggu.

Ha dia pun nak menantu dia bagi dia macam tu jugak.

Sebab tu lah ada pepatah ‘Ukur baju di badan sendiri.’

Tak gitu?

 

11. Mak Mertua Cemburu Dengan Menantu

Ada mak mertua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang.

Ada je tak kena.

Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri.

Cemburu bila tengok anak bermesra dengan isteri.

Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya.

Bila tengok menantu pakai baju lawa je dia pun nak.

Bila tengok ada kasut baru je dia pun nak beli.

Siap 2, 3 pasang lagi.

Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut.

Kalau tak dapat siap perli-perli lagi.

Memang ada ye mertua macam ni.

Letih-letih…

 

12. Mak Mertua Ego

Teringat pulak dengan kisah kawan aku dengan mak mertua dia.

Mak mertua dia business woman yang berjaya.

So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan kononnya.

Haritu dia sampai lewat kat kedai mak mertua dia sebab ada urusan penting, mak mertua dia da macam kena histeria sebab marah sangat.

Orang lain duk tengok je.

Dia selalu tengok mak mertua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain.

Tak habis dengan tu dia menghina kedudukan orang lebih rendah dari dia.

Tu mak mertua ke hantu tu?

 

13. Mak Mertua Queen Control

Masaklah kau kalau dapat mak mertua macm ni!

Aku ada baca luahan perasaan menantu perempuan ni.

Dia dapat mak mertua queen control level 999!

Bila tak mengandung lagi dia panggil tin kosong.

Siap bagi tempoh lagi kalau tak mengandung jugak suruh suami kahwin lain.

Setiap kali kenduri kendara anak menantu dia wajib ikut dia.

Tak ikut siap la kau!

Tak cukup dengan tu, mak mertua selalu geledah barang dia.

Tak tahu apa tujuan sebenar dia buat macam tu.

Mungkin nak cari silap menantu.

Hah, boleh jadi gila kan dengan perangai hantu mak mertua macam ni.

 

Mana yang dapat mertua baik tu boleh la sujud syukur setiap hari..

Mana nak dapat oiii!

Tapi kan, kenapa selalunya mak mertua dengan menantu perempuan yang berperang?

Kenapa tak dengan menantu laki?

Ke sebab lelaki lebih cool…

Aku tengok mat saleh kat luar negara tu rasanya takde huru-hara macam kita.

Atau sebab budaya?

Kat Malaysia memang turun temurun mentaliti anak perempuan kena pandai buat itu ini.

Kalau suami kahwin lain isteri akan dipersalahkan sebab tak pandai jaga.

Tapi jarang sangat orang tuding jari kat lelaki kalau lelaki tu buat salah.

Bagi aku lelaki dia ada kuasa.

Sebab itu mertua tak berani atau ambil port sangat dengan hal diaorang.

Perempuan lebih lemah dan ada sifat kebergantungan, itu yang menjadikan mertua boleh pijak kita.

Hmmm…

Apa pulak pandangan korang? Share sikit…


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

=> Suami Tak Solat, Mak Mertua Tak Kisah

=> 13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

=> Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Isteri Yang Penyayang Teramat Sangat?

Siti Hanum
“Breaking Soul into Travel and Write”

Banyak Lagi Di Saudari

32 Responses

  1. Hazh says:

    Saya ni lelaki. Pun ade masalah ngan mak mertua jugak mungkin kerana saya tinggal serumah ngan mertua.

    Mak mertua saya ni, seme dia nak buat tak kasi chance orang lain buat apape. Macam dia lupa tangan dia cuma dua. Cucu, anak kpd abang ipar pun dia nk jaga. Bapak mertua saya sakit kanser pun bawah jagaan dia. Sekarang isteri saya lg mengandung, yg belum kluar tu pun dia dah volunteer nak jaga jugak. Tak kasi peluang langsung kita nk belajar bersusah jadi mak bapak.

    Kita dah dapat rumah baru, nak pindah pun dia tak kasi. Dia kasi macam2 alasan nak takutkan kita; isteri saya tak pandai masak lah, biar isteri kerja lepas beranak lah, macam2 lagi alasan dia kasi.

    Apapepun saya plan untuk angkat barang sikit2 sampai selesai then tidur je rumah baru bila seme dah siap. Kalau nak ikutkan cakap dia je, sampai bila2 pun kita tak berdikari. Kalau satu hari nanti bila dia dah takde, kalau kita tak belajar susah, nanti kita yang akan kelam kabut.

  2. lynn says:

    Assalamualaikum.. Saya sekadar mahu bercerita melalui pengalamn saya. Mak mentua saya memang baik, happy go lucky, pergi mangaji setiap hari, qiamulai (10 malam terakhir puasa), belanja saya jubah, masak untuk saya dan banyak lagi. Memang saya bersyukur dalam mentua macam ni cuma satu je saya paling tak gemar dia sangat ego, cerewet sebab dia pandai masak, suka mengata orang .

    Untuk makluman pembaca mentua saya seorang ibu tunggal (bercerai hidup dengan suaminya) dan anak lelakinya anak tunggal setelah abg pada suami saya meninggal. Sekarang saya tinggal berdua dengannya disebabkan suami saya kerja di labuan dan saya di Penang, sebulan sekali baru balik. Jadi saya paham dengan hidupnya yang menyebabkan dia ego dan memandang remeh terhadap semua orang termasuk anaknya sendiri. Banyak kali juga saya dan mentua berselisih faham seperti saya nak buat kuih dia akan komen semua benda yang saya buat, ada aje yang tak kena Lepas tu dia akan cakap dia tahu la sebab dia dah buat beribu kuih. Saya sampai tak berani nak masak sebarang lauk, kek kat rumah mentua disebabkan dia sangat cerewet bab masakan, kalau tak sedap dia tak akan makan. Tapi bab mengemas dia langsung tak peduli sampai ada lipas besar merayap-rayap kat dapur dan ruang tamu.

    Mentua juga jenis suka nasihat kat orang sampai kekadang saya rasa malu sebab kena tegur untuk solat witir di surau (suara mentua sangat kuat) padahal saya tahu, kawan2nya pandang dan sengih kat saya. nampak macam saya baru pertama kali solat terawih. Kalau bab mengata pula kalau ada program nyanyi macam kilauan emas atau lain program nyanyi kat TV dia akan cakap kat saya orang tua dalm tu semua tak sedar diri, kalau mati kat tengah pentas mengeras je camna. Saya memang x suka mentua komen negatif macam tu. Saya tahu dia kuat agama tapi jangan perlekeh orang lain la.

    Belum lagi bab dia ketuk bilik saya dan suami macam nak roboh suruh bangun subuh. Saya tahu tanggungjawab saya untuk menunaikan subuh tapi saya dan suami tak suka cara kasar macam tu. Saya boleh bangun sendiri tanpa dipaksa sesiapa pun. Terus terang la bila duduk di rumah mentua memang tak ada privasi untuk bersama, sampai suami cadangkan duduk hotel 2,3 hari sebab nak elak dari maknya. Kekadang mentua juga seperti cemburu bila saya kerap dengan anaknya bila keluar makan bersama je, mentua akan duduk sebelah suami. Saya tak kisah pun mungkin mentua rindu anaknya, tapi mentua tak penah tunjuk rasa sayang pada anaknya. Mentua tak kan call anaknya alasannya sebab dia mak, suami saya anak. Kalau suami saya call saya, dia macam terasa hati sebab suami saya tak call dia.

    Saya kekadang marah juga peragai mentua. Banyak saya minta nasihat dar kakak saya. Kakak saya pun tahu mentua saya jenis cerewet, dia je betul. tapi kena sabar. Mungkin dalam bulan Ogos tahun ni saya akan berenti kerja dan ikut suami. Saya harap mentua tak ikut la. Biarla saya dan suami mencorak keluarga kami. Walaupun ada rasa kasihan sebab tinggal dia sorang diri tapi lebih baik saya dan mentua berjauhan dan jumpa hanya sebulan dua sekali je. Mungkin ini lebih baik untuk mengeratkan kami dan menserasikan kami. Psst saya baru tinggal bersama mentua 7 bulan tapi sudah rasa tak selesa. Saya selalu berdoa lembutkan hati mentua, supaya saya anggap mentua macam mak saya sendiri. Haraplah ada miracle yang Allah akan jadi nanti. In shaa allah.

    • yana says:

      mak mertua awk sme cm sy. kte tkde chance nk atur rumah tangge.. sume die nk msuk cmpor.. nk msk sndiri pon tk senang.. mcm die je tau sume bnde.. bile nk tolong ade je tk kne.. kdg2 bnde simple pon die nk wt jd complicated. rse cm stuck je..

    • tqah says:

      saudari duduk di labuan kah? sama la kita. kes sy pula mak mertua dan pak mertua pandai buat muka dah klu x senang hati dgn sy. sampai sy terasa…

  3. Tunisya says:

    Assalamualaikum, apa yang harus saya lakukan andainya mak mertua tidak pernah ingin menasihati anaknya supaya berpikir dengan matang tentang hal2 yang saya kemukakan mengenai agama seperti solat, belajar agama etc.
    Selalu bila terjadinya pertengkaran antara kami, suami sentiasa cakap kepada mak mertua yang dia tidak boleh tahan lagi hidup seperti terkongkong, ini salah, itu salah (suami saya kadang perangai seperti remaja dan single sedangkan umurnya 36tahun) dia bertanggungjawab dari segi nafkah zahir tetapi kami kurang berkomunikasi (nafkah batin) kerana pada dia, dia bukan jenis lelaki yang suka bermanja2 atau berdiskusi tentang masa depan rumahtangga kami berdua.
    Mak mertua hanya akan menasihatkan suami yang saya salah sebab sentiasa berbual tentang agama; yang saya ni jenis perempuan yang strict dan mak mertua juga bukannya mengingatkan suami tentang orang2 yang beriman tetapi compare rumahtangga kami dengan rumahtangga orang2 yang tidak solat atau kurang praktik tuntutan agama dan mak mertua akan membesar2kan bahawa rumahtangga mereka tetap bahagia dan masih teguh bersatu.

    Suami sering ingin memutuskan pernikahan kami setelah memakan kata2 ibunya yang mengalakkan hidupnya yang kononnya masih bahagia tanpa pegangan agama.

    Saya sudah hilang hormat kepada mak mertua. Mak dan bapak mertua saya memang tidak solat. Suami pula sekejap sahaja rajin solat. Selalunya bila dia rasa yang saya berikan dia tekanan hidup, dia akan berhenti solat dan menyalahkan saya dan akan bangga yang maknya sendiri tidak memaksa dia.

    Saya sampai hilang pedoman hidup dan rasa ingin mati sahaja dan sampaikan hasrat saya itu pada suami. Sehinggakan saya janji kepada suami yang saya akan biarkan dia hendak buat apa sahaja asalkan dia tidak meninggalkan saya. Sebab suami kata dia menyesal bernikah dan ingin bujang semula dan tidak perlu tanggungan.

    Apakah saya bodoh kerana masih ingin menjadi isteri kepada orang yang tidak ingin taat pada Allah dan juga mempunyai mak dan bapak mertua yang sampai bila pun akan indirectly menghasut suami yang saya ni isteri yang tidak bagus sebab tidak habis2 berbual tentang agama.

    Ini pernikahan saya yang ketiga. Yang pertama dan kedua bercerai akibat kekerasan dan kekasaran. Saya dan suami yang sekarang baru setahun setengah berumahtangga. Kami tidak mempunyai anak. Tetapi saya memounyai 2 anak remaja hasil pernikahan pertama. Dan saya selalu mengingatkan suami untuk menjadi role model kepada anak2 tetapi tidak diendahkannya. Kami belum ada rumah dan masih menumpang di rumah mak saya sendiri. Saya pula tidak bekerja.

  4. Dude says:

    Ibu mertuaku? Orang yang paling aku benci dalam hidup aku sebab di kategorikan sbg jahat dan zalim. Punca aku ngn isteri bercerai. Kisah mcm cerita kassim selamat, Cuma bezanya aku belum cucuk mata guna garpu lagi.
    Sampai sekarang aku rasa trauma nak kahwin

    • puan says:

      sabar der… suami aku pilih aku sb fhm sgt nk mak dia.. and akhirnya kami bdua tggl bsama..mertua skg dok dgn anak2 lain rotate.. sb dia dh benci kn aku..so g la duduk dgn org yg dia syg or syg dia sgt tu..hahahaha aku nk tgk jauh mana dorg leh servive dgn kasih syg dorg yg palsu tu..sb sblm ni aku tau,masing2 mengutuk di blkg masing2.

  5. Hamba Allah says:

    Macam ni pun ada..

    kadang saya smpai xtahan pun ada dgn nak layan sikap ipar2 lagi pakat duk tuding jari kononnya saya perampas,control duit suami,sedangkan hnya Allah yg tahu … Stress pun ada terpksa buat muka manis depan depa pdhl hati ni xsiapa yg tahu… Tiap kali nak blik rmh belah somi rasa berat sebab apa,sbb ni la… Urmmm…. Sedih …sadisss… Semua ada …

  6. As says:

    Sgt bencikan mak mertua! Saja nak buat sy dan suami bergaduh. Suka reka2 cerita. Mulut jahat. Selalu burukkan2 keluarga saya. Yg paling kerap sekarang. Suka ckp anak dia (suami saya), sedang berkawan dengan janda. Apa motif dia?
    Apa yg perlu sy buat? Buntu sgt2. 😢😢😢😢

    • puan says:

      sy ni, bukan smpai tahap benci..tp apa bila semua bpaling tadah..buat sy ni jd mangsa keadaan saya mula membenci sorg2 dlm kuaga mertua.

    • Sue says:

      Nak suruh anak dia kawin lagi lah tu.macam mak mertua saya tak sedar anaknya tak mampu bagi nafkah sesen pun. mcm mana nak tambah bini?

  7. xxxxooooxooo says:

    Assalamualaikum, saya ni baru je bertunang. Jadi mungkin apa yang saya alami adalah sebahagian dugaan bertunang.

    Saya mengenali tunang saya pada setahun yang lepas. Bercinta selama setahun akhirnya mengikat tali pertunangan May lalu. Untuk pengetahuan semua, tunang saya muda 4 tahun dari saya.

    Jadi saya amat memahami yang dia masih lagi muda dan memerlukan masa untuk bersedia dengan komitmen yg akan datang.

    Disebabkan dia muda, setiap malam dy akan lepak bersama sama dengan kawan sehingga 3 4 pagi. Itu pun selepas dia balik kerja. Pada mulanya saya berasa tak selesa dengan cara hidupnya yang begitu.

    Yela, kenapa kena hari hari lepak? sampai pagi? Jadi ada juga saya membebel tak puas hati kadang kadang bergaduh sehingga mak dia terdengar. Setiap kali gaduh bakal mak mentua saya akan call saya dan bercakap dengan saya. Mintak bersabar dan bertahan perangai anaknya.

    Pada mulanya, saya berfikiran positif mungkin maknya hanya sekadar memberi nasihat. Tapi masuk kali ke 4 5 saya hanya maknya mula masuk campur hal hubungan kami. Sehingga mak nya ada mengaitkan yang saya yang mengajak anaknya bertunang sebab umur saya yang lebih tua dari anaknya. Jadi saya sepatutnya menerima seadanya anaknya.

    Tak cukup itu, tunang saya pernah memberitahu maknya mengajar anaknya untuk tidak contact saya dan jangan cakap yang dia kua lepak. Maksudnya suruh anaknya menipu saya. Oleh kerana hal ini, saya tidak pernah lagi menegur anaknya tentang lepak dan membiasakan diri tentang itu. Namun beberapa hari lepas, maknya call semula saya dan mula bertanya tentang tunang saya yang setiap hari lepak sampai pagi.

    Sedangkan dulu, mak dia juga yang minta saya jangan masuk cmpur tentang urusan kawan kawan anaknya. Malah, tak cukup itu, dy mengatakan tunang saya kurang ajar. Melawan cakapnya sebagai ibu.

    Tidak memberikan duit belanja padanya satu sen tetiap bulan lebih parah lagi, maknya meminta tunang saya memberikan wang belanja pada adik lelaki tunang saya yang sudah berumur 19 tahun yang masih tidak berkerja lagi. Disebabkan tekanan pada hal ini, saya telah bergaduh dengan tunang saya berpanjangan.

    Saya berfikir satu satu tentang apa yang maknya beritahu saya. Pertama, tidak memberikan wang belanja padanya. Saya gusar perkara ni, kerana saya pernah bertanya tunang saya, dia memberitahu saya dia memberikan wang belanja bulanan pada maknya. Tapi mak dia kata tak ada langsung.

    Kena mintak itupun RM50 sahaja yang akan tunang saya berikan. Saya rasa bersalah ada ke kerana saya tunang saya tidak memberikan wang bulanan? Tunang saya juga kadangkala akan menuangkan minyak kereta saya, memberi saya duit belanja, tak delah tiap tiap bulan. Tapi ada lah sekali skala dia buat begitu.

    Kedua, kurang ajar dengan maknya. Ya, tunang saya mmg panas baran. Tapi kadang kadang saya rasa ada juga yang salah dari maknya. Kerana maknya juga kadang kadang mengeluarkan ayat yang menaikkan darah semua orang.

    Ketiga, tidak memberikan wang belanja pada adiknya yang berumur 19tahun? kenapa pulak? Adiknya lelaki, Da besar panjang. Dan tunang saya kadang-kadang depan saya ada menghulurkan wang belanja pada adiknya walaupun kadang kadang saya tak setuju. Cuma saya tak berkata apa-apa.

    Saya buntu. Kenapa maknya call saya? Memberi tahu tentang keburukan anaknnya [tunang saya] satu persatu. Dia tak mahu saya meneruskan hubungan dengan anaknya ke?

    Saya buntu yang mana satu betul. Tunang saya ke? Atau Maknya? Saya gusar samada untuk meneruskan hubungan ini atau tidak. Kalau benar dia melayan maknya sebegitu, dia juga akan melayan saya kelak sebegitu bila saya bergelar isterinya.

    Tolonglah beritahu saya apa yang perlu saya buat?

  8. Sue says:

    Saya Mula2 diam.lepas ni I lawan balik.mak mertua melambung tinggi anaknya dan anggap menantunya x perasaan.GERAM

  9. ira says:

    mak mentua ay plak suka bpura2…tnya2 kononnya ambik berat..pdahal..pak mntua pon sama….sy xsuka dgn!!!dia ada mnatu lelaki ank org kaya bkn mnantu tu kaya mak bapa dia kaya…konon nya harta blh kat mnantu lh tu…gila harta…bila wsaap ..wsaap geng dio je….mcm kita xwujud..sy sdih bila sy mngadu dkat suami dia akan bela mak bapa dia…

  10. Lily says:

    Nombor 1, 4, 6, 7, 8, 10 bukan ciri2 mak mentua aku. Tujuh ciri2 lagi mmg perangai mak mentua aku. Aku tambah lg ciri yg ada pada mak mentua aku:
    1. Tak hormat besan
    2. Drama king
    3. Tak bersyukur
    4. Kikis duit aku
    5. Pantang dgr aku nak balik kg
    6. Tak hormat ketika aku sakit

  11. idah says:

    Saya selama ni tinggal ngan mertuwa ..Sbb suami blum ada pekerjaan tetap trpksa lah ikut suami duk sebumbung ngan keluarga dia..mrtuwa sya mang suka mengungkit pasal makan minum di rumah ..Bkn tu jk mertuwa saya ungkit pasal duit suami saya.. Sampai sanggup tak suruh saya keluar rumah sehingga hutang lunas…Bkn tu je…Pasal jaga ank2 saya punn nak berkira… Klo soal kemas rumah saya tak kisah lah.. memang saya dah biasa. Boleh hilang kan sikit streess… Tp setiap kali sya buat kt dapur mesti ada yg tk kena… Klo bkn Mertuwa yg menegur .. Ipar2 pun turut mengata saya… Paling lah saya sakit hati.. Bila mereka memburukkan saya dgn org yg saya rapat… Seolah tak suka ada yg rapat ngn saya…
    Bkn nk mengata .. saya buat apa yg mereka nk… Sya jgk snggup pokai yg penting hati mak mrtuwa saya senang… suami saya bagi duwit habis saya belanja untuk keperluan rumah…
    Simpanan pun saya langsung tak da.. Tp mc jgak saya di benci… Saya tak tahu apa yg saya buat.. Sehingga dia benci saya… kadang2 saya sampai terpikir untuk tnggal kn suami … agar mrtuwa saya puas Hati… Dan tk ada lagi perselisihan paham di sbb kn anknya…

  12. Nurin says:

    Menantu dgn mertua. Jrg sgt kita dgr yg baik2. Tp percayalah. Mertua kite pun pernh jd menantu. Dan kita pun xtahu apa dia lalui ms dahulu. Seperti kita, teruk dikerjakan hati oleh mertua. Atau sebaliknya. Tapi ingatlah ye. Memang perit cuma sy ada terfikir. Ujian Allah mmg ada di mana2. Kdg2 rasa menyesal kahwin sbb mertua. Doa sy semoga die berubah dan kita pun pd ms akan dtg turut berwaspada perangai kita kpd menantu2 kita. Mcm omputih kate what goes around comes around huhuuu

  13. lisa says:

    Mak mertua saya 1,2,3,4,5,7,8,9,10,11,12,13 #6 tu xde langsung. Suka sngt cari pasal x pernah x x memekak dengan saya ada je benda yg dia suka, pandai berpura2 seolah2 dia ni ikhlas orgnya tapi sbenarnya nauzubillah. dari mula tunang smpai jadi menantu kata saya ni bomoh diri dia bomoh kan anak dia (suami saya) mcm2 ayat dari mulut dia yg mnyakit kn hati. saya buat kerja rumah bagi dia tu x cukup apa yg penting utk dia hanya duit harta.hina kluarga saya miskin walhal dia bkn kaya mana pn hidup lebih kurang kluarga saya jg bak kata dia miskin. dlm seminggu tu mulut dia x pernah senyap.

    Dgn anak2 dia pn bkira ungkit air susu badan ungkit masa ngandung kn dorg sape2 pn mesti stress dpt mak/mertua mcm dia. Hari ni bagi barang ke mkanan ke esok lusa ke tulat dia ungkit sbb dia ni jenis yg mintak balasan. Satu taman tau mulut dia mcm puaka xde sorg pn jiran tetangga yg suka kat dia. hobi gosip hal org lain gosip hal menantu nasib baik suami x berat sbelah. cuba utk bertahan tapi yela kesabaran sesorg tu ada had.

  14. ain says:

    moga kite semua dijauhkan dari sifat2 tue.. kesian kat anak2 kite kan.. macam kite hidup tertekan setiap masa… no privacy sebab mertua nak duduk skali dgn kami..

  15. enong says:

    Bkn apa aku cuma nak kongsi je.. mak mertua aku tu sbnrnya baik,,, tpi…ada prkara yg aku tidak suka.,,sejak aku kahwin dengan anak dia,tiba2 dia berubah besar,,bila laki aku bg dia duit belanja,,dia tak ambil malahan dia kata “sy tidak maw menyusahkn kau lg” katanya pada laki aku dgn nada suara yg kuat,,muka nya sangat kelihatan merah padam sangat,,

    laki aku trkejut,aku pun sama,,tapi kami biar je laki aku terus letak duit tu di meja dalam bilik mertua aku,,beberapa hari selepas tu,,dia langsung tak nak jawap baik,,asal laki aku bercakap2 dgnnya,,dia jawap kasar je selalu,,

    sehinggakan suatu masa tu laki aku bad mood,,dia tanya mak mertua aku

    “mak,,kenapa kau layan sy macam bukan anak kau?? say tanya baik2,,kau jawap sy macam saya bukan anak kau” kata laki aku,,

    sbb sebelum laki aku tanya mertua aku,,ada suatu hari tu laki aku bawa dia cari ikan,, sbb mertua aku memang suka p sungai cari ikan.tapi lain responnya..

    “kau lain suda,,kau memang lain suda berbanding yg dulu” kata mertua aku,,.

    dan bila laki aku tnya,,dia jwp sampai mereka bertengkar

    “kau maw tahu sngt kan,,ok saya bagitahu,,sejak kau kahwin,,kau langsung abai kan saya,,sejak kau kahwin tanggungjawap kaw dgn saya kau lupa,,sejak kau kahwin layanan kau dgn saya kurang sngt,,saya rasa sunyi,,selama ni saya harapkan kau 1 org saja yg boleh jaga saya,, yang selalu kwn sy tdr, bagi saya smngt,, kau taw ka saya terlalu sunyi,,suda saya bagitahu kau jgn kahwin dulu,,saya belum besedia lepaskn kaw utk ada istri dan keluarga,,tapi kau kahwin saja,,saya rindu msa2 kita dulu,,sma2 kita makan,,tdr,,p cari ikan,,memang kita macam kawan masa tu,,tapi bila kau suda kahwin,,kau habiskan masa kau dgn bini kau saja,,saya kau biarkan,,kau betul sudah berubah,,kalo kaw beli barang2 kau simpan d bilik kau,,kau tidak simpan di dapur,,sejak kaw kahwin kau jdi kedekut?” kata mertua aku,,

    aku terdiam,,sakit hatiku bagai ditusuk jarum,,jujur aku bgi tahu,,aku tidak pernah halang laki aku utk bg duit belanja,,beli barang,,luangkn msa dgn mak nya sndri,,malahan aku maw lagi laki aku layan mak nya mcm dulu,,aku beri duit nafkah dari laki aku utk aku pada mertua aku,,kerna aku nak sngt mrka ok mcm dlu,..

    tapi 1 hal yg aku tak suka,,bila mertua aku kata laki aku kedekut sejak kahwin,,padahal bila kami beri dia barang dapur,,n beri duit,,dia kata dia tak nak menyusahkn katanya,,bla tidak diberi,,mula la lagi mengata,,kedekut,,lupa tanggungjawap,,penting diri sendiri bila dah kahwin..katanya,,aku tk dpt berbuat apa2,,selain tahan hati je yg sakit,,

    cuma air mata yg berkejaran mengalir d pipi ku,,,dlm hti aku berkata,,’jadi semua mslh,,brlaku disebabkan aku ker,,,’huhh,,,,bercampur yg aku fkr,,tiba2 aku rndu mak bapa aku kat kampung,,

    Aku pun mcm nak lari jer,,masalah berlaku sampai skrng,,dia tak nak layan aku pula skrng,,aku tnya sikit jer dia lari masuk bilik dgr radio,,bla anak2 dia yg lain call ,,mula lah dia cerita lain,,reka2 cerita,,tambah sakit hti aku,,huhh…dia bagitahu org semua keburukan aku,,aku biar je…sbb aku tahu kami tnggl kat sini sementara je…

  16. Hamba Allah says:

    Susah kalau time sebelum kahwin ni kita xtahu perangai sebenar keluarga belah isteri kita..
    Bila dah kahwin ni, satu persatu Allah swt tunjukkan kat kita rupa sebenar diorg… sungguh berdrama
    MACAM SET*N!!!!!

  17. Hani says:

    Choi .. bukan mak mertua je macam ni .. mak sendiri pon ade ciri-ciri tersebut kecuali no6 & no10 sahaja .. wakakakaka .. kalau saye mati pon lagi baik la .. saya tak mintak pon dilahirkan dalam keluarga ini .. itu sebab tak tau la nak bersyukur macam mana sebab walaupon anak kandung tak rasa macam anak kandung hahahahah ..

  18. intan says:

    Salam kawan2 aku dah tiga tahun duduk dgn mentua laki kerja kilang je tak cukup nak sewa rumah..hari2 aku macm nak menangis je tapi ada aku boleh sabar aku sabar..

    aku pulak menantu perempuan yg sulung dalam keluarga ni biras2 aku semua laki ..kadang2 aku terasa jugak Mak mentua aku cakap menantu2 dia beli mcam kat dia aku ni dah tak kerja harap laki bagi je…

    dulu masa kenal Mak mentua aku baik cakap pon LA ni bila dh sebumbung ..Mak mentua aku segan org nya semua aku nak kena beat..lagi2 bila aku masak semua pedas tak boleh mkan la sekarng aku malas nk Kate ap dh lebih aku diam Dan redha je INI dh takdir aku Allah dah tentukan..

  19. hasif says:

    macam si*l….
    sakit hati… buat sesuka hati.. nk atur rumah tangga aku.. ank aku pon duk ngn mk mertua.. aku x dpt nk jaga ank.. n xdpt nk rasa susah ade anak..
    sib baik aku x duduk sebumbung..
    tp aku masih x berpuas hati ngn mak mertua aku.. kang aku buat undang2 2bln sekali balik umah m mertua kang baru tau.. sabar selagi boleh.. #Nasihat.. bersemuka ngn mertua bgtau ape yg x puas hati.. sy dah tp myb xde sambutan hati perasaan.. tunggu kepanasan tahap gaban perang dunia ketiga baru nk sedar agaknya…

  20. hanif zubeyr says:

    Asskm..pedih nak cerita..sbb mertua saya kaki laga..bab family saya smua xkena..nnt ada jer dia report dekat suami saya..padahal suami sya kat jb dia kat klntan snggup tel semata2 nak ckp kakak n abang ipar saya macm tu lah macam nilah..smua xkena.pernah dia ckp mak sya ckp kat suami sya bela sya xcukup makan..

    sya tnya mak sya.mak sya ckp demi allah dia ckp..da suami sya percaya ckp dia.pernah kami gaduh laki bini sbb mertua saya bagithu suami saya..saya ajar anak saya suh panggil dia ibu hantu ya allah..xprnah pun trkeluar di mulut saya nak ckp dia macam..knapa dia sllu nak laga kn sya.family sya ngn suami saya..hnya allah ja tahu semua tu knpa..ada satu tahap kesabaran saya da hilang..sya snggup berpisah dari asyik suami saya marah2 saya sbb mulut mak dia.

  21. Dina says:

    Haii semua…apa yg kita harus buat hah…klaw kita berdepan ngan masalah yg mcm niii…makin lama simpan dlm hatii lma2 nii msty berdarah smpaii bernanahniiii……parah2..mak mertua tk suka kita dri dlu smpaii sekrang….

  22. inaz says:

    Mak mertua sy ni dgn sy pn dia x puas ati dgn menantu lelaki suami adik ipar sy pn dia x puas ati. Pendek kat x suka dgn semua mnantu. Semua menantu dia jahat.

  23. inaz says:

    Sedih sgt apa yg kta buat semua x kena. Dr awl kawin skrg da 9 tahun. Mak mertua selalu fitnah sy. Ank sy yg sulung pn mak mertua pnah tnya btul ke ni cucu dia hnya kerana sy bunting plamin..

  24. Bunga says:

    Nak tanya pendapat korang semua.. ni kisah tentang perkahwinan kakak angkat saya.
    Perkahwinan mereka baru je setahun lebih.kakak angkat saya bekerja sebagai seorang doktor, begitu juga suaminya. Baru-baru ni kakk saya baru melahirkan seorang anak jadi kakak pun memng tinggal bersama maknya sendiri. Suami kakak pun sekali la. Dari segi keperluan kakak dan suaminya semua mak uruskan. Makan minum,pakaian,susu,baju baby dan membantu dari segi tenaga.

    Pada mulanya,suami kakk ni memng mak jaga sungguh-sungguh la. Jaga makan dia,baju dia tanya kesihatan dia..memang take care giler la laki bini. Sepanjang suami kakak tinggal bersama kami. Dari segi kewangan dia ada la bantu sikit. Rm250 sebulan/rm50 tapi penggunaan dalam rumah tu…Ya Allah.. aircond pasang macam dekat hotel,seterika baju guna banyak kali ,bini dalam pantang pun dia suruh bini dia seterika kan baju dia. Bil elektrik sampai cecah rm400+ itupun bini dia yg bayar tanpa pengetahuan dia. Wang ringgit kakak pun dia control. Cream baby keperluan baby sampaikan mak yg nak kena taja kerana sepanjang tempoh cuti kakak gaji kakak hanya separuh . Bila cerita dia kata pakai je apa yg ada! Sampaikan kakak rasa takut nak mintak suami dia apa2 punya la nak jaga hati laki dia. Dari segi tenaga pun dia xpenah membantu. Hanya tahu balik dari keje. Makan..duduk dalam bilik menghadap laptop.

    Pernah kami buat hari keluarga.. kami buat makan2. Semua orang berkumpul..tang dia elok je duduk dalam bilik buat2 tidur.. sebab tak suka berkumpul family! Baju pulak bila hilang bukan tahu nak cari sendiri dia marah dia baling pulak kunci motor depan mak mentua dia(mak kakak). Tak ke kuang ajor gitu.. dia baling kunci tu tuju ke saya(adik angakt) sebb saya yang jemur baju dan lipat baju. Tapi baju dia xsemua pun saya uruskan…sendiri yang simpan sendiri yang lupa tempat.

    Lepas tu nak baran2 pulak.. dia ingat mak ke yang menumpang rumah dia sehingga dia boleh buat macam tu? Dia ingat saya ni orang gaji dia ke? Kalau bab berjanji manis dan putar belit cerita memng dia tiptop la. Sebelum dia pindah rumah dia penah berjanji2 manis dengan kakak nak beli rumah dan kereta cash la kat kakak.. cakap tak serupa bikin la bro! Depan mak mentua kowt dia buat janji palsu. Kereta cash yg dimaksudkan tu adalah secondhand.! Hemllo!! Selama ni kakak belaja kat mesir berratus2 ribu kowt ibu habiskan duit..usaha cari duit untuk kakak belaja sampai habis. Jadi doktor.. sebb nak bagi kakak hidup senang.. bukan nye nak bagi kakak hidup sengkek pergi kerja naik basikal.. boleh pulak tak jadi beli kereta suruh kak naik basikal. Kak tu baru bersalin kena operate pulak tu..bukan bersalin biasa.. yang hang g keje boleh pulak naik bmw??

    Baru2 ni kak start kerja balik..mak pun ada beli kereta untuk kak.. duit muka pun duit mak bukan duit dia. Bayar bulan je kakak punya duit.. itupun kau nak maki mak? Kata jangan masuk campur rumah tangga korang? Dah yang masa mula2 nak kahwin ngan kakk tu sape yang bersusah payah usaha pujuj kak kawin dengan kau? Bukan mak jugak ke yang masuk campur? Memang tak sedar dek untung la.. masa stay dengan mak.. hentam mak sungguh2..suruh beli burger mcd tiap2 malam.. mak tak kisah pun xberkira pun sebb fikir kau menantu.. tapi lama2..mual dengan peragai dia.. elok pindah boleh pulak cakap boikot mcd sebb israel.. dah selama ni duduk dengan mak boleh pulak makan?

    Elektrik rumah sendiri boleh pulak bajet rm40 sebulan? Kalau nak cerita macam xhabis je.. mak beli kereta bagi kakak pun nak marah2 maki mak..sampai nak cerai berai laki bini la..bukan mak curi duit hang pun.. kata mak dan kakak membelakangkan dia sebagai suami. Kalau cerita pun bukan bagi.. masa beli motor.. kau tanya pendapat mak motor mana okay.. mak suruh A kau buat B. That’s mean kau memang tak ambil pun pandangan orang. Dari segi belanja adik beradik ipar pun takda.. tak meminta dan mengharap pun.. at least ingatan menghargai tu ada la.. family kami banyak melabur kat dia..tiap kali keluar makan mak/adik beradik yang belanja..dia tak penah belanja pun.. elok je.. tang adik beradik dia yang sememangnya dia tak rapat boleh pulak sekarang ni dia nak buat2 belanja bagai.. xslah pun..tapi hargai la juga orang yang banyak bantu dia tu.

    Nak pelawa orang makan pun xpenah.. nak berterima kasih pun xgheti ke?? Nak mintak maaf…??

    Apatah lagi..memng jenis tak sedar dek untung.. tak bersyukur dapat mak mentua yng baik.

  25. Ieatfullofhurt says:

    Mak mertua sy pulak jenis keras kepala . Dia buat suami sy mcm budak budak lagi . Apa yang dia suruh mesti kena buat ! Xbuat kena marah !

    Suami sy mmg baik org nya . Dye xpernah lawan atau menjawab kalau mak nya kata apa2 . Sy mmg tinggal bersama dgn mak mertua . Hari minggu shj sy akan mintak izin ntuk balik rmh mak sy . Dan suami sy sgt memahami .

    Setiap minggu sy akan balik . Kami akan balik hari khamis belah petang lps sy balik kerja . Pagi jumaat baru nak sembang sembang ngn mak sy . Nk buat aktiviti sme sme dgn suami . Tgk2 mak mertua sy dah mesej suruh beli itu beli ini . Sdgkan dia tahu ni turn sy dan suami balik rumah mak sy . Dan mak mertua sy boleh drive sndri , masih muda , xsama mcm mak sy . Sudah uzur . Dah umur 70 thn .

    Bila suami baca mesej dri maknya . Suami terus balik ke rumah maknya . Buat apa yang maknya suruh . Sy xmarah pada suami cuma berkecil hati dgn sikap mak mertua sy . Langsung xfaham atau mmg sje xnak faham . Bila sy dan suami kluar bersama . Ada shj yang dia pesan dan suruh balik dgn kadar sgera !

    Suami sy mmg xpernah kata xboleh pada maknya . Ikuttttt saja . Dan mak mertua sy xpernah tanya anaknya (suami saya) ni ada duit ke tak . Suami sy cuma tukang jahit (repair jeans ) . Sy yang byk tolong suami . Sy btl2 kecik hati . Bila duk rmh dia . Muka kena senyum sllu wlaupun xshat , stress dgn kerja atau apa apa shj . Ttp kena senyum .

    Pernah jadi kes sy xsenyum sbb sy xshat . Mak mertua sy marah sgt2 , mcm2 dia kutuk sy depan suami . Sy baca semua whatsapp mak mertua sy dgn suami sy . Sggh menyedihkan . Lagi teruk siap pesan pada suami sy jgn bagi mcm mcm kat sy ( duit cthnya ) .

    Sdgkan sy yang byk kluarkan duit . Allahu . Sy btl2 rasa di uji . Sy cuma kuat sbb suami sy terlalu baik . Selalu mitak maaf kat sy atas kesilapan maknya . Sy berharap satu hri nnt , mak mertua sy berubah dan sy dan suami dapat cari rumah sewa .

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!