13 Tanda-Tanda Rahsia Suami Curang Dengan Isteri!

Bila Suami Curang ( Fluffydragon / CC BY / Modified)

Assalamualaikum semua…

Harap-harap semuanya sihat dan happy selalu.

Maklumlah sekarang musim El Nino jadi cuaca tersangatlah panas dan bahang.

Tapi kalau korang baca topik ni tak tahulah cuaca atau topik ni lagi panas…

HaHaHa

Untuk pengetahuan korang aku memang suka baca kisah rumah tangga kat facebook sebab kat situ ada 1001 kisah pahit manis suami isteri di alam perkahwinan.

Kononnya sebagai persediaan bila aku kahwin nanti…

HeHeHe.

Dalam banyak-banyak kisah yang aku baca, majoritinya isteri luahkan masalah dengan mak mertua, suami pemalas di rumah tak nak tolong isteri, isteri tanggung perbelanjaan rumah dan suami.

[ 13 Tip Berguna Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet! ]

 

Masalah paling popular sepanjang zaman jatuh kepada SUAMI CURANG!

Tak dinafikan suami macam inilah meninggalkan contoh yang menakutkan bagi wanita yang akan berkahwin dan trauma bagi wanita yang nak mulakan kehidupan baru.

Apabila mengatakan suami curang, rata-rata komen para wanita di FB mestilah backup si isteri, cakap suami tak hargailah pengorbanan isteri semua.

Tapi kalau tengok komen lelaki walaupun tak semua, diaorang menyalahkan si isteri sebab tak pandai jaga suami.

Orang kata, isteri ini adalah bekas acuan suami.

Jika suami tu didik dengan baik maka isteri pun turut jadi baik.

Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.

Jadi, AWAS bagi suami yang sedang main kayu tiga dan ada perempuan lain!

Nak tahu tanda suami anda curang?

Layan tips-tips dekat bawah ni!

Baca juga : Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia

 

1. Ada Password Di Telefon Bimbit

It’s that obvious?

Mana taknya sebelum ni tak pernah ada password tiba-tiba ada kata laluan pulak bila anda pegang handset suami.

Dah tentulah anda akan merasa ‘sesuatu’ tambah-tambah lagi bila anda tanya kenapa ada password, suami anda tak boleh nak jawab atau bagi jawapan yang agak merepek.

Haaa Kantoi!!!

 

2. Marah-Marah Tak Tentu Pasal

“Abang, abang ada kat mana sekarang?”

Huh cukup pantang dia bila ditanya lokasi dia berada.

Mungkin masa anda call atau mesej, suami anda sedang lunch dengan perempuan tu.

Niat anda untuk tanya sama ada balik makan ke tak, alih-alih kena marah.

Bukan sekali tau, banyak kali!

 

3. Menipu

“Hujung minggu ni saya pergi outstation, Ada projek baru kena setelkan.”

Ehh, minggu-minggu sebelum ni pun outstation jugak.

Anda tak fikir apa-apa pun, tapi bila dah kerap sangat, timbul syak pulak.

So bila anda telefon syarikat suami anda tak ada outstation seperti yang suami anda cakap.

Apa lagi mulalah anda tak senang duduk.

Dah pandai menipu pulak dia sekarang ni!

 

4. Kemesraan Mula Hilang

Masa mula kahwin dulu.

“Ayang, abang ada belikan makanan kegemaran ayang. Ce teka ce teka…”

Lama-kelamaan.

“Makanan yang awak nak tu saya tak beli. Nanti-nantilah kalau saya rajin.”

Bila dah ada perempuan lain.

“Kau memang takde benda lain nak makan? Semak aku tengok benda sama tiap hari.”

Panggilan mesra dah lekang dari bibirnya.

Dia mula rasakan anda membosankan dan perempuan yang dia keluar lebih bagus dari anda.

 

5. Tidak Menjawab Panggilan Dan Mesej Anda

Dia sering memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat call anda.

Tertinggal handset kat rumah kawanlah, handset rosaklah sedangkan anda tengok elok je.

Tak dapat mesej dari anda lah.

Masalahnya alasan ini kerap dan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

 

6. Gelisah Tak Tentu Hala

Suami anda tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia.

Bila anda mengajak pergi ke tempat lain lepas tu lagilah dia menggelupur.

Selain bosan melayan kerenah anda dia juga risau kalau terserempak dengan girlfriend atau orang yang dia kenal.

 

7. Bawak Telefon Bimbit Ke Mana Pergi

Hatta nak pergi berak pun bawak handset!

OPPSSS maaf agak kurang sopan di situ, HeHeHe.

Yelah takut si isteri godek-godek isi dalam handphone tu.

Selalunya baik dalam drama Melayu atau realitinya, kecurangan suami dapat dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.

Takut berlaku dekat diri sendiri, so bawak je la masuk tandas sekali.

 

8. Selalu Tersasul Atau Terlepas Cakap

Ha, yang ni sangat ketara!

“Baby, abang tak balik hari ni.”

Isteri berkerut.

“Bila masa abang panggil ayang baby ni?”

Suami anda terdiam sekejap.

“Alah ayang ni, sekali sekali takkan tak boleh panggil baby.”

Sambil ketawa tak semenggah.

 

9. Mencari Kesalahan Anda

Walaupun masalah tu dah lama tapi dia tetap boleh ungkit balik.

Masalah yang kecil diperbesarkan.

Dia mencari alasan untuk tak mahu bersama anda lagi.

Lebih penting dia akan gunakan alasan yang ada jika rahsia curangnya terbongkar kelak.

 

10. Tidak Melayan Anda

Bila berada di rumah, suami anda malas nak layan kerenah anda.

Bila si isteri nak ajak borak, si suami lebih suka dengan telefon bimbitnya.

FB 24 jam, whatsapp, weechat, Clash of Can, Farmville dan sebutkan saja.

Apa-apalah janji tak mengadap muka anda.

 

11. Mengubah Penampilan Diri Lebih Menarik

Suami anda pakai wangi-wangian, kameja tuck-in, t-shirt bergosok, rambut sikat tepi (ok ni dah over, HaHaHa).

Sampai anda pun tak berkelip mata tengok suami anda.

Penampilan diri ini lebih kurang sama masa dia nakkan anda dulu.

Padahal zaman tu dah lama dah berlalu.

Kenapa suami aku ni buang tebiat semacam ni?

 

12. Terlebih Perhatian Dengan Anda

Jangan salah sangka!

Ini adalah taktik dia untuk mengaburkan pandangan anda.

Hari ni dia belikan bunga, esok dia belikan hadiah.

Surprise katanya.

Malam tu pun pun dia bagi surprise kat anda juga.

Prestasinya yang cemerlang ini membuatkan anda hanya berprasangka baik pada suami anda.

Tapi bila tahu kebenarannya suatu hari…

 

13. Deria Magik Ke-6 Isteri

Miracle could happen…

Anda percaya dengan keajaiban?

PERCAYALAH!!!

Bila sampai ke bab instinct wanita ni, ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya.

Bukankah Allah makbulkan doa hamba-NYA yang teraniaya?

Isteri solehah yang dianiaya yang selalu berdoa kepada Allah akan diberi petunjuk.

Untuk kaum suami di luar sana fikir banyak kali untuk curang kerana sekali anda berbuat demikian, kepercayaan yang bersinar macam kaca apabila berderai takkan dapat dicantum menjadi asal.

HUH!

Panjang pulak aku membebel bab ni.

Macam dah kahwin!

 

Ok, last but not least…

Artikel ini hanya untuk membantu si isteri untuk mengesan kecurangan suami.

Tapi dalam masa yang sama isteri perlulah bijak untuk menangani masalah ini terlebih dahulu.

Sekiranya berlaku, si isteri perlu slow talk atau berbincang dengan suami.

Jangan cepat melenting dan berprasangka buruk tanpa usul periksa!

Jangan terlampau dengar cakap-cakap orang dan selidiklah dulu perkara yang datang.

Jika segala usaha untuk memulihkan telah dibuat dan anda ada bukti yang jelas terang lagi bersuluh, maka segeralah bawa masalah ini ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

Baru-baru ni heboh kat FB pasal sebab penceraian berlaku kat Malaysia ni dan antara sebabnya tandas tak flush, isteri basuh baju lewat malam, suami tak suka isteri makan dalam kereta dan banyak lagi!

Hanya mampu ketawa, geleng kepala dan ketawa lagi…


PERLUKAH Kita Memaafkan Suami Yang Curang? >>

Kenali 13 Jenis Mak Mertua Yang Ada Di Atas Muka Bumi >>

13 Perkara Yang Akan TERJADI Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang >>

13 Tips Untuk Jadi Seksi Tanpa Terdedah Sana Sini >>

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Isteri Yang Penyayang Teramat Sangat? >>


Siti Hanum

“Breaking Soul into Travel and Write”


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Banyak Lagi Di Saudari

19 Responses

  1. ira kedah says:

    Betul tuhh sis….hati sy pn mcmtu…xpnh tpu…sy blh rasa pa yg akn jd….tp bla tnya xnk ngaku..pk ank je…n mseh sygkn dy

    • Ai says:

      Betul sis.. Mmg laki mcm tu.. Mesej lucah pempuan lain.. X pk isteri akan jmpa jgk kebenarannya.. Igt isteri bodoh.. Janji xnk buat dah tp buat lgi.. Pk anak2 je

  2. Lyana says:

    Ye pikirkan anak je… Tapi satu ari nnt mmg nk blah pun… X hingin da nak tengok muke jantan curang.. Doa saya 1.. Pompuan yg da tau lelaki tu suami orang tapi masih nak dok merenyeh… Hopefully hidup korang merana lah sampai akhirat… Merangkak la korg nak mintak maaf cari bekas isteri dan anak2 yg teraniaya ni…

  3. SITI SALMIAH says:

    hmm suami buntingkan perempun lain?
    mcm xmasuk akal. xade agame ke?

    beristighfar panjang kalau nk fikirkan.. betul ke?
    sayapun fikirkan anak je… tggu dia besar sikit, boleh berfikir.. nk blah dr hdp dia. dhla hutang keliling pinggang ada hati nk curang.

    saya yg menanggung segala pinjaman yg dia buat. menyesal saya kahwin dgn dia. mgkin dugaan dari Tuhan. @ mungkin aku yg bodoh.

    Anak bini duduk menyewa lg ada hati nk menambah2… YA ALLAH… dugaan apakah ini….

  4. nadiaAyra says:

    Btol tu..skrg ni hnya fkrkan ank je..x sgka plk bla dia msih contact dgn ex dia lg.

  5. Lin says:

    sy dh 7 thun menikah. Sy x berhijap. thun ke6 perkahwinan suami menunjukkan semua simtom di atas. Suami terkantoi dgn rakan sepejabat yg pakai tudung,berjubah,berbaju kurung,tutup dada,nampak lemah lembut. ms tu rs diri mmg bersalah krn mungkin suami nk perempuan bertudung sbb tu curang dgn wanita bertudung. Dlm ms yg sama sy minta petunjuk & keampunan dr Allah swt jika ada silap sy yg sy x sedar. 2minggu selps tu Allah swt bg petunjuk. Entah mcmana slps solat subuh sy mcm terus pegi ke HP suami untuk cek,padahal sy bkn jenis yg suka cek brg peribadi suami,dan sy dpt meneka password HP dia(two attempts). sy terkejut melihat gambar2 dlm HP suami.

    Wanita yg bertudung litup itu ada sent gmbr tak senonoh kat suami thru wasap, bkn itu saja, ada hor*y conversation pulak antara mereka. betapa hancurnya ht sy ketika itu,Allah je yg tau, sbb wanita ini mempermainkan sy,sebelum itu sy pernah call dia, dgn bangga nya dia menceritakan bahawa suami sy tertarik kt dia kerana kesopanan dia dlm berpakaian,sambil mengutuk sy yg tdk berhijap & dye rambut(pakaian sy tdk seksi,hanya tdk bertudung). Wanita itu juga mencerita yg dia tdk pernah tinggal solat & dzikir. Juga dia bangga berkata “kalau kta tdk pakai tudung,suami sendiri pun akan pandang serong”. Ms tu sy hanya berdiam krn mmg betul, tdk pakai tudung itu berdosa.

    Tetapi! bila tgk gmbar tak senonoh & perbualan gatal antara dia & suami sy sgt marah,kenapa ada manusia munafik sprti ini???!!!! Sy teringat uztaz sy pernah berkata, kekadang Syaitan bijak manipulate manusia,kononnya sudah jd muslim yg baik,sedangkan masih lg bergelumang dgn dosa. Dlm masa yg sama, kwn rapat sy pun mengkhianati sy,dia isteri org & juga rakan sepejabat suami. Dan dia juga pernah sent gmbr separuh bo**l kat suami. Allahu Akhbar. Besar nya dugaan ini.. besarnya harga sebuah pengalaman hdup.

    Yg paling sedih,bila sy mempertahankan hak sy, dgn bersemuka dgn perempuan2 ini,sy yg kena kecam “tdk menjaga aib suami & tdk pandai menjaga suami”. Wahai suamiku,andai engkau tau setiap pengorbanan aku ketika engkau tdk ckup duit,di ms engkau sakit terlantar di hospital,ms kau bersedih,di ms engkau ingin kan sesuatu tp duit x ckup,kau tdk akan sampai ht mengkhianati aku sprti ini. Wahai perempuan,aku tlh menjaga suamiku semampu yg boleh,melebihi yg apa yg sepatutnya,engkau tdk akan sampai ht menuduhku “tdk pandai menjaga suami”. Allah ini adil sifatNya. Itulah imanku.

    • anon says:

      assalamualaikum…
      mereka menuduh kita semata-mata untuk menyedapkan hati mereka semata2, sedangkan hakikatnya hanya kita dan allah yg tahu…

  6. Hana says:

    Sedih baca luahan LIN tu.. Sya plak tk tau nk ckp, bahgia atau tk.. Kdng bahgia, kdng rasa tk.. Kdng rasa terhina, kdng rasa kecilnya dri nie.. Mcm2 rasa.. Sy berkahwen dgn seorg yg 15 tahun muda dari sy.. Sy dh tua.. Tp tk tau apa yg suami nmpak kt sya masa tu.. Mass mula kahwen sy tk suka pn dgn suami, sy pilih dy kerana ALLAH, pasal apa? Sebelum suami dtg merisik, ad 2org dtg merisik sblum suami, tp sy tolak.. Kerana kurang pengatahuan agama.. Sy nie bodoh pat agama,sbb tu sy cari yg pndai dn boleh membimbing sy ke syurga.. Insya allah.. Tp semua pada awal perkahwenan jek bahgia.. Kira sy kahwen,bercinta selepas bernikah..

    Skrg usia perkahwenan kami dh 5 tahun.. Sy tk dikurniakan anak lg.. Sblum suami,sy nie jnda,sy memang tkde anak.. Sy ad bela anak angkat 2org.. Sorg18 tahun dn sorg lg 11 tahun,kdng2 sy terasa dri nie kecil,sy tau sy tk boleh mengangdung.. Suami sy ckp tk kesah,kalau ad,ad lah,kalau tkde bkn rezeki namanya.. Tp sebagai seorg isteri,sy teringin mempunyai zuriat sendri.. Sy redha andai ditakdirkan suami sy kawen lg satu.. Jauh disudut ati nie teramat pedih,tp apa lg yg perlu sy lakukan.. Suami yg awal berkahwen sgt2 baik dn mnjd imam pd sy,tp skrg semuanya musnah,org yg sy ingt taat pd perintah agama,rupa2nya.. Biar lah sy saja yg tau..

    Skrg dh tk lg solat,lebihkn kahwan dri keluarga,kalau bertngkar dgn sy,keluar smpai tk balik beberapa ari,sy nie dh mcm ppuan simpanan plak.. Sy hanya mampu menangis,semua keperluan uma sy yg tgung,sy yg berusha sndri,suami kerja kejap2 pastu berhnti,tk pernah kerja tetap.. Sy sgup ssh payah dgn dy,tp dy lngsng dh tk hargai.. Skrg nie pn dy tk balik,alasan nk kan ketenangan,ni lah dugaan berkahwen dgn lelaki muda,masih tk puas enjoy,lepak smpai ke pg,suka buang masa dgn kwan2 yg tk mendtgkan apa2,kalau dlu berckap dgn sy penuh sopan sntun,skrg madah nk tgikan suara jek.. Tengking selagi boleh.. Otak sy dh jem,tk boleh berfikir dgn waras ag.. Sy tk nk penceraian,kerana kalau sy bercerai nie dh ke 3kali.. Semua akn meyalahkan sy.. Kadang2 rasa dunia nie tk adil untuk sy… Apakah yg patut sy buat.. :(

  7. Lisa says:

    Memang pon jantan mcm tu tak guna btol

  8. Hajar says:

    Sabar hana..Allah mndgr doa orng2 yang teraniya..biarkn dya..solat doa byk2..siti khadijah pun brkahwen dgn rasulullah..muda dr dya..tp subhanallah..dya bhagia..

  9. Kemboja says:

    Apa blh kita kata lg.. Dh itu sifatnya seorg jantan. Semoga dibagi ruang n peluang untuk kembali ke jalan yg benar. Retak dihati xdapat nk dicantum kembali. Luka akan semakin parah… Sabar pada yg merasa derita ini..

  10. Alin says:

    Sdey bile bace kisah2 org laen..sy pn ad kisah sy sndri..sy dh kawen 5 thun, dh ad 2 org ank..tp kami pjj sejk dr awal kawen..suami di selngr & sy d pntai tmur..pjj ats dsar kerja..ank2 semua dgn sy..suami mmg seorg yg baek, mkn pkai sy & ank2 sntiase ckup..awal 2017, prkhwinan kami dilanda musibah..hadir seorg prmpuan, single lg..mngaku dh brsekedudukn dgn suami sy dh 2 thun..hanya tuhan yg thu betape hncur ati sy..

    suami pn mngaku yg die mmg tggal dgn prmpuan tu..bile sy dtg rumh suami, dorng akn pack semua brg prmpuan tu, prmpuan tu akn tumpng rumh kwn2 die..pling lame syg akn tggal ngan suami dlm 4@ 5hri je..mmg x kn lame coz sy pn kerje..mne nk smpan cuti utk ank2 sakit lg..alasan yg diberikn pd sy, sy x jge mkn pkai suami..

    Kami brpisah, sy mtk utk diceraikn..suami mmg x nk ceraikan tp bile sy desak..die lafaz kn talak 1 pd sy..bile dlm tempoh edah, kami brbncng elok2 dh kami fkir pasal ank2..ank2 x brsalh utk trime akibt dr prbuatan ibubapa..sy trime suami kmbali ats sbb ank2 coz ank2 mmg rapat dgn ayh dorng..

    Sy nk tnye pndapat shabat2 semua..ptut ke sy tggal dgn suami, brenti keje utk brsame dgn suami n ank2..sy keje gomen, syg jugk bile nk resign..

  11. Zarina Zainuddin says:

    Kadang2 hidup ni memang x adil klu di fikir kan.. Tapi semua tu ada hikmah.. Allah temukan kita dgn org yg salah supaya kita lebih cinta padanya drpd cinta kepada manusia.. Supaya kita x berharap pada manusia dan sentiasa berharap pada Allah…. Apa pun kita kena tawakal padanya.. Buat keputusan kerana Allah jangan utk sesiapa… Klu ini jalannya kita mengapai cinta syurga Allah redho lah… Kerana cinta Akhirat yg haqiqi… Cari jalan utk bersatu semula.. Cuba cari kerja lain utk bersama dgn suami.. Mungkin ada salah kita dgn Allah yg perlu kita perbaiki…. Jadi yg lebih baik…

  12. nurulhairin says:

    saya pernah gaduh besar…sbb asyik keje luar jer sejak..tukar dept ..asyik busy jer…memang cari rezeki tpi dlm 2 bulan nie kadang2..sy pikir..adakah sy nie x penting bg hidup dier..sy setia dgn dier tpi dier sy x tahu la sbb 24 hour pegang hand fon….lebih kan member..dan sbgnyer..kadang2 sakit hati..

  13. Wife teraniaya says:

    Suami pon banyak kali kantoi dari wechat. Semua lucah2. Dari zaman btunang lg. konon bagi peluang kawen sbb dia brubah. Ternyata jantan kaki betina ni sampai mati xkan berubah.

    Skrg saya dah immune. Kantoi je saya pendam. Tp kadang sy meletup jugak sbb da lama pendam tapi bila meletup. Kita jugak yg d maki balik. Jawapan dia “sukahati aku lah”. Mcm sial jantan.

    Org ckap klau ada masalah bincang elok2. Saya dah tak boleh bincang. Sbb klau ajak bincang, mesti end up saya kena maki. Pernah jugak terlintas nak jadi sexy sebab dia suka tengok. Dah tu tau plak dia ckap haram da kawen bagai. Kau tu cari sundal tak tau plak halal haram.

    Mmg hilang hormat dengan suami mcm ni. Tawar hati.

  14. Wife teraniaya says:

    Lagi satu, nak kata saya xpandai jaga suami. Saya xpernah pakai baju kelawar dlam rumah. Smua sexy. Body pon tak gemuk. Sy mekap. Saya jaga makan pakai dia. Xpernah tinggal. Saya sanggup korban masa depan (career) saya untuk dia.

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *