13 Tip Penting Untuk Elak Terjerat Dengan Cinta Internet!

“Terimalah Cinta Internet Saya” / Bill Stillwell / CC BY-SA

Cinta, cinta, cinta…

Alahai siapa yang tak pernah bercinta?

Zaman aku masa sekolah menengah dulu main utus-utus surat je.

Kejap selit dalam buku, kejap selit celah meja, kejap kat loker buku (sekolah asrama).

Yang tak bestnya bila cikgu disiplin buat spotcheck kelam kabut aku hapuskan semua surat-surat yang kalau dilonggokkan tu boleh buat unggun api.

Kalau kantoi boleh kahwin free kat perhimpunan tau!

Satu sekolah datang tak payah buat kad jemputan.

Tapi tu dulu!

Sekarang lagi hebat.



Kalau rindu whatsapp, twitter, facebook je si dia, belum sempat tarik nafas dah sampai.

Selagi si dia berada di bumi ni mesej tu akan sampai melainkan si dia berada di hutan Amazon (entah-entah sana pun dah ada line tak?) Hehehe.

Cinta internet?

Cinta jarak jauh?

Cinta Siber?

Cinta Alam Maya?

Skype je, apedehal kan?

TAPI…

Disebabkan teknologi canggih inilah membawa kepada satu lagi bencana yang dikenali sebagai jenayah siber.

Ada yang dilakukan oleh individu dan ada juga berkumpulan, siap ada organisasi berskala besar lagi yang handle benda nih.

Bagi anda yang pernah terjerat dengan cinta internet, ini merupakan pengajaran bagi anda.

Bagi yang tak pernah ini adalah ingatan supaya kita dijauhkan dari perkara buruk ini.

 

1. Elakkan Terima Dan Hantar Friend Request Kepada Orang Tak Dikenali

Hari ni bukak FB tiba-tiba ada friend request dari mamat yang entah datang dari mana.

Tengok profile picture abang sado tengah workout kat gym, laju je terima.

Ahh janji hensem!

Haiipp!!!

Cepat je tangan tu.

Entah-entah tu pembunuh bersiri paling dikehendaki.

Gambar tu boleh ambik kat mana-mana je pap letak jadi profile picture.

Yang kau pulak bosan-bosan send friend request kat mana hala entah.

Untung-untung sangkut sorang!

Takut hidup kau yang sangkut nanti!

Baca juga : Mari “Mengintip” 13 Rahsia Lelaki Yang Bukan Lagi Rahsia

 

2. Jangan Layan Seseorang Yang Terlalu Obses Dengan Anda

Aku pernah ada sorang mamat ni merangkap classmate aku like semua status dan gambar aku.

Bukan gambar apa pun dengan kawan aku je.

Dia sampai tahap save gambar aku dalam laptop dia!

Aku punya la mengamuk bila dia stalk aku macam tu, serta merta aku unfriend, block semua la.

Itu jadi pengajaran kat aku.

Orang obses ni jangan main-main, kalau nampak dia macam tu dengan anda segeralah keluarkan dia dari hidup anda.

 

3. Jangan Beri Harapan Kepada Seseorang Yang Anda Tidak Minat Untuk Bercinta

Banyak cerita inspirasi yang kita dengar daripada cinta di internet ni.

Tapi lagi ramai yang terbabas.

Kalau ada seseorang yang cenderung kepada anda tapi anda tak berminat, JANGAN LAYAN!

Sebab kalau anda layan dia akan terperasan dan akhirnya menjerat anda balik.

Bila orang dah minat tu kita invite main game Candy Crush pun dia kata kita suka dia.

 

4. Jangan Mudah Bertukar Nombor Phone Atau Maklumat Peribadi Kepada Orang Yang Baru Dikenali

Okey yang ni tolong ambik perhatian.

Jangan sesekali bagi maklumat persendirian dekat ‘kawan’ yang baru satu jam anda kenal.

Kalau anda bagi no phone, macam-macam dia boleh buat tau!

Dia boleh jejak nombor anda ke mana saja anda pergi.

Boleh buat panggilan palsulah apalah.

Jangan ambil ringan perkara ni.

 

5. Jual Mahal

Jual mahal Jangan tak jual mahal!

“Eh awak ni muka je cantik tapi sombonglah.”

Biarkan apa orang kata.

Kita bukan sombong tak bertempat.

Kita jaga diri kita daripada jadi mangsa jenayah siber ni.

Jangan bagi ruang orang lain gunakan kita sewenangnya.

Percayalah tak ada yang rugi kalau anda jual mahal sikit.

 

6. Jangan Keluar Dengan Orang Yang Baru Dikenali Di Internet

Dia dah mesej nak jumpa dekat KLCC.

Anda masih ragu-ragu nak jumpa ke tak nak.

Eh tak payah pikir dah!

Memang tak lah jawapannya!

Anda perlu jelas dengan risiko yang akan anda lalui.

Anda baru kenal kat FB, dah nak jumpa, terdesak sangat ke?

 

7. Jangan Terpedaya Dengan Lifestyle Mewah Yang Ditunjukkan

Scroll Scroll nampak gambar dia makan kat hotel.

Klik klik nampak dia update status “New York, I’m coming” #BoringJalanKatMalaysia.

Tengok lagi ada gambar dia naik GT-R Skyline.

Dah meleleh air liur kita tengok.

Tiba-tiba kita kata ‘he is the one’ bila dia sweet2 kat mesej.

Ingat!

Gambar di internet adalah gambar yang dah ditapis dan memang nak tunjuk kat orang, kalau tak buat apa dia nak upload.

 

8. Periksa Latar Belakang Kenalan Anda

Biasakan setiap kali anda baru berkenalan dengan seseorang di alam maya, anda semak latar belakangnya macam mana.

Biar jadi detektif kejap.

Ni menunjukkan anda bersikap lebih berhati-hati.

Nanti kalau dia tipu pun sekurang-kurangnya anda tahu dan bertindak lebih bijak.

 

9. Jangan Luahkan Masalah Kepada Sembarangan Orang

Memang niat asal kau cuma nak ceritakan masalah je.

Tapi si dia tiba-tiba melayan pulak.

Bagi kata-kata semangat, sentiasa ada kalau nak cerita masalah.

Mengayat anda dengan ayat paling power.

Alih-alih dah jatuh cinta.

Perempuan ni bukannya boleh kalau orang ambik berat pasal dia.

Perasaan sayang tu cepat je berputik.

Lelaki ni ada yang nak ambik kesempatan je.

 

10. Jangan Upload Gambar Yang Terlampau Menarik Perhatian A.K.A Seksi

Okey hari ni upload gambar tepi pantai pakai kain pario yang hat lilit tengkuk tu.

Maka ramailah yang like gambar anda termasuk orang yang nak cuba pikat anda ni.

Perbuatan ni mengundang kepada kecenderungan seseorang untuk lebih dekat dengan anda.

Dia mula pasang perangkap untuk menarik fokus anda dan seterusnya anda tahulah apa yang akan berlaku.

 

11. Jangan Termakan Janji Palsu Dan Pujuk Rayunya

Perempuan memang lemah dengan janji manis lelaki.

Walaupun tahu risiko percaya dengan kata-kata lelaki ni umpama anda duduk di jerat bila-bila masa akan disambar, tapi masih percaya.

Banyak kes kononnya teman lelaki di alam maya ajak dating kat hotel katanya makan-makan je, pastu apa lagi dia pun ‘makan’ anda lepas tu!

 

12. Jangan Mudah Lakukan Apa Yang Disuruhnya

Berapa ramai perempuan yang kerugian ribuan dan ada jutaan ringgit kerana terpedaya dengan janjinya untuk berkahwin dengan anda dan minta dimasukkan wang.

Dalam kes lain, lelaki tersebut janji untuk jumpa anda tapi tak ada duit untuk tiket flight semua.

Bodoh-bodoh je dia dapat duit dari anda pastu lenyap tanpa khabar berita.

 

13. Tutup Akaun Anda Atau Delete Akaun Si Dia

Antara cara paling ampuh hapuskan dia terus dari hidup anda.

Tak perlu nak simpan orang macam ni.

Alam maya ni adalah jalan shortcut untuk manipulasi orang lain.

Sebab tu orang tak takut nak menipu bukan kau nampak dia pun.

Kalau dia dah keterlaluan ganggu hidup anda delete akaun semua.

Kalau tak jalan anda tutup akaun anda dan kalau perlu tukar no phone dan report polis.

Jangan pandang enteng usaha ni kerana ia boleh menyelamatkan hidup anda!

 

Anda Tahu?

Dekat Malaysia ni ramai dah jadi mangsa penipuan cinta siber atau lebih dikenali ‘African Scam’ yang sering mendekati mangsa terutamanya perempuan dengan guna identiti palsu dan gambar orang lain.

Macam tu sekali bahayanya!

So anda kena lebih berhati-hati untuk terima friend request terutamanya dari orang tak dikenali.

Salah klik anda akan merana seumur hidup.

Eh tetiba teringat pulak kat movie baru tajuk ‘Friend Request’ yang mula ditayangkan 7 Januari di pawagam Malaysia.

Jom serbu!!!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~



Siti Hanum

“Breaking Soul into Travel and Write”

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *