13 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang

Sepit Baju

Peewiitttt Sweetttnya. ( Foto: Roseannc )

AWAS!!!

Hah nampak amaran diatas?

Siap ada tanda seru lagi.

Ini bermakna anda perlu beri perhatian pada artikel kali ini tentang perkara yang akan terjadi sekiranya anda bercinta dengan suami orang.

Tengok tajuk pun dah tahu ‘perkara’ tu merujuk something yang tak baik kan?

Bila bercakap pasal bercinta dengan suami orang, atau mencintai suami orang, persepsi negatif di kalangan masyarakat kita membuak-buak macam gunung berapi yang baru meletus.

Kesannya melibatkan banyak perkara terutamanya hati dan perasaan.



Kalau tengok artikel-artikel macam ni dekat Facebook, paling berlambak ‘like’ dan paling orang suka baca terutamanya yang pernah jadi kat diri sendiri.

Pada awek-awek kat luar sana yang sedang bercinta dengan suami orang tu mungkin anda kata ‘Eh, tak jadi apa-apa pun kat aku, aku bahagia je dengan si dia’.

Hah Jangan rasa selesa sangat!

Belum lagi tu.

Tambah-tambah lagi anda penyebab rumah tangga orang lain hancur, still rasa bahagia ke?

Tapi si suami ni kadang-kadang bijak sorokkan status.

Akhirnya perempuan naif ni terus jatuh cinta tanpa mengetahui si dia milik orang lain.

Bila dah terlajak bercinta susahlah nak patah balik kan? Lagi-lagi bila di cop perampas.

Okey lah sekarang anda boleh buat checklist adakah perkara di bawah ni sudah berlaku kepada anda?

Jika berlaku mungkin masa terbaik untuk mengundur diri yang mana sepatutnya dari awal lagi anda patut elakkan bercinta dengan suami orang jika anda tahu.

 

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas

Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik.

Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mencuri masanya.

Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa dengan isterinya bukan dengan anda.

Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

 

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar

Part ni paling susah dan leceh!

Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama.

Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan.

Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia curang.

Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung.

Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah!

Huhu.

 

3. Sering Memberi Arahan

Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya.

Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur.

Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia.

Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

 

4. Rasa Tak Selamat

Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi.

Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.

Lagi power kalau dia bawak geng!

Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

Lebih parah, kalau isterinya hantar sihir kat anda, tiap hari boleh muntah darah tau.

 

5. Makan Hati

Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih.

Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri.

Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia.

Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu?

Cemburunya tentu lebih hebat.

 

6. Sering Menerima Alasan

Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari.

Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya.

Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.

Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

 

7. Di Pandang Negatif

Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.

Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

 

8. Rasa Bersalah

Hati anda rasa tak tenteram.

Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.

Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya?

Anda tersepit dalam situasi yang sukar.

Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

 

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan

Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.

Bila bosan si dia akan jumpa anda.

Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.

Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.

Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya.

Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

 

10. Suami Akan Menipu Isterinya

Biasalah dah nama pun curang, penipuan dah jadi makanan.

Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda.

Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam.

Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya.

Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

 

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga

Bagi para isteri, suami yang curang adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga.

Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bermatian untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.

Andalah puncanya!

Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang.

Itulah kelemahannya yang terbesar!

Baca juga: Kenali 13 Jenis Mak Mertua Yang Ada Di Atas Muka Bumi >>

 

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab

Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak.

Kini masanya diberikan pada anda.

Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.

Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.

Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

 

13. Bahagia Sukar Dikecapi

Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.

Anda perlu berperang sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak.

Tetapi itu bukan persoalannya.

Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain?

Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?

 

Bagaimana Kalau Dah Jodoh?

Itu soalan yang selalu kita dengar kalau dah malas nak bertekak.

Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah, tetapi kita perlu usaha terlebih dulu untuk elakkan diri kita dengan laki orang.

Jika hubungan anda baru di peringkat permulaan, sebaiknya anda selidik dulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya anda tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang.

Ingat!

Jangan jadikan diri anda terlalu mudah untuk di dekati!


(Laporan akan di buat kepada FACEBOOK & GOOGLE ADSENSE jika ARTIKEL Saudari.com di ambil tanpa kebenaran.)

~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~



Siti Hanum
“Breaking Soul into Travel and Write”

Banyak Lagi Di Saudari

4 Responses

  1. B_alqees says:

    Sy nyaris bercinta dgn suami org sebab dia yang sembunyikan stastus dia sendiri. First time sy tgok gaya nya macam org bujang. Sy jumpa dgn hamba allah ni di satu event. Dia tegur sy lps pada tu dia mintak no phone sy tapi sy hanya bagi wechat id. Habis event tu dia contact sy every time . Nak video call laa wish morning. One day sy stalk dia kat ig . Mashaallah sy mengucap panjang bila tgok di upload gambar wife dia yg pregnant. Lps pada tu sy tak contact dia dah . Block terus 😁😁

  2. babyBZ says:

    pengalaman?yup…ada juga unsur mistik n ada juga pe’el die jgak…

    sorry to say,mostly dr golongan janda…tak semua…saya faham,istilah janda atau ibu tunggal ni perlukan kasih syg seorang lelaki.tak mustahil kalau terima layanan baik,setiap hari,stiap masa…’tlajak jatuh cinta’ katanya…tapi….

    persoalan pertama…kenapa die janda?

    kalau janda mati laki…saya faham
    kalau janda ditinggal laki atau tinggalkan laki?apa sebab pisah?orang ketiga kan?
    then the same thing happen to you but the different is you are in a 3rd party situation…di saat itu,anda fikirkanlah situasi isteri laki tu…pernah merasa sakit kan,n the same thing u buat kt isteri org tu…tak tfikir ke dari akal kenapa perlu berkawan dengan suami orang?

    sepatutny kena limit hubungan n seboleh2nya takperlu la nk bhubung kalau takde perkara bermanfaat perlu dibicara…dgr masalah laki orang???sebolehnya JANGAN SESEKALI….

    and if isteri laki tu serang,JANGAN GUNA ISTILAH JANGAN SERANG SAYA,TANYA HUSBAND AWAK SENDIRI….ingat husband boleh jawab jujur ke kt isteri,sedangkan dengan awak pun die ckap mcm2 psl isteri die,apatah lagi die cite pasal awak kt isteri die…see?boleh nampak kan logik di sini kenapa awak diserang?n one more thing,bila da kata hak isteri,maknanya masa,kasih sayang yg awak amik sesukati ciput awak tu sebenarnya hak isteri die…sebb tu isteri persoalkan awak si org ketiga…kesimpulannya,si isteri serang awak untuk menyatakan STOP FLIRTING or CONTACT with the husband…jangan bagi alasan,SAYA DAH CUBA X HUBUNG DIA TAPI DIA YG CARI/CALL/MSG…well,u can see alasan itu NONSENSE sebab selagi awak LAYAN,awak mmg xkan dapat elak dari MASALAH YG AWK TLIBAT….

    senang cite,if u respect people,they will respect you back…istilah ini mmg digunapakai untuk segenap lapisan masyarakat…

    haha…tbawa2 plak sebab ini adalah alasan2 yg COMMON bagi stiap orang ketiga…
    lelaki boleh kawin 4..tapi,kalau x mampu,cukuplah 1…rujuk surah annisa…sebab tu,ramai cerai sebb masing2 tahu akan kemampuan laki,ada bini tapi nk berkapel dgn pmpn lain…senang cite,choose either 1,and let go one of them…

    semua dugaan dan cabaran…tahan ataupun tidak je

    ok…sekian

    #istilah ‘awak’ ‘you’ ‘u’…takde kaitan dengan commenters sini,itu suma merujuk kepada orang yang terbabit jadi orang ketiga dalam hubungan rumahtangga orang,tak kire janda atau dara…
    #siapa terasa,mohon maaf.ini realiti,dunia ni berputar,ada hukum kifarah.buat kat orang,jadi balik kt diri sendiri ye n lebih teruk.

    TQ

  3. Lady D says:

    Pengalaman SAYA baru je 8 bulan berlaku bg sy seorg isteri yg ditipu kerna suami curang dgn wanita yang mmg sy kenali. Rasa mcm nak gugur JANTUNG & HATI nie bila org yang kita kenali TIKAM belakang KITA . Dia TAHU kita BAHAGIA tiada SENGKETA , boleh pula SANGGUP nak berMADU dgn KITA .

    Sanggup buat apa shj janji dpt SUAMI KITA -Apa CHOP kita nak bagi pada DIA ??? Kata Suami bukan PERAMPAS – sy CHOP dia Orang Ke -3 sbb memporakperandakan rumah tangga SAYA . Mmg LELAKI di izinkan BERKAHWIN 4..Tapi JIKA hubungan dgn ALLAH SWT tidak di jaga bagaimana kelak utk SUAMI bersikap adil ??? Keluarga , ibuayah, SUSAH tidak pula di hiraukan PERASAAN HATI org yg baru diselami pula DIUTAMAKAN -ADILKAH BEGITU???..

    Alasan yg diberi suami..perasaan tu hadir sendiri. Pertama jika perempuan ashik cerita perihal diri , masalah, itu ini minta pendapat dr suami orang lama-kelamaan muncul perasaan simpati dn bw ke arah kemaksiatan hati kata sayang pd anak & isteri , takkan tinggalkan in the same time tambah perasaan pada orang baru..mmg betul2 terjadi lagi2 kenalan pejabat, kebaikan di ambil kesempatan atas dasar simpati dan muncul perasaan kasih sayang..

    Isteri yang dulunya mempercayai si suami tanpa PRASANGKA pd mulanya timbul ragu2 dan sifat negatif berpunca atas sikap suami itu sendiri..Kita bukan lagi di zaman Rasullulah yg mana wanita2 pd zaman tu x gajet2 moden/ meterialistik / cemburu /sifat2 mazmumah tu di era sekarang ini mmg jelas hingga akhir zaman bukan semua tetapi segelintir .

    Sifat2 mazmudah tu juga bukan mudah utk dicari di era yang moden lagi canggih begini..So buat apa nak tipu diri sendiri jika ada isteri yg dapat menerima POLIGAMI ..dlm hati berserah pd yang Esa, PASRAH , SEDIH, HATI nie sentiasa berubah2 tak tetap penderiannya, setiap detik setiap saat dosa2 pasti berlaku walaupun sebesar ZARAH ..

    Apa2 pun WANITA di luar sana jgnlah SAKITI HATI WANITA LAIN..Karma ttp ada once you hurt someone one days you will be hurt too

  4. nurul akma says:

    Sy pun kne tipu jgk,, dh 3 thun knl,. Tp tgk2 dy dh kwin , dh 5 ank… tp dy ttp nk kwin…. ye sy syg dysgt,. Klau mula2 dlu sy tThu,sy xkn trskn hbgn tu…. tp skrg hubgn kiteorg jh jauh sgt, sy xdpt path blik..

    isteri dy xbg kwin stu lg.., jd dy tpkse kwin ngn sy snyp2.. cuma stu je sy terkilan,lps sy Thu dy dh kwin. Sy ttny2 mne isteri dy slma 3thun, knpe dy xambk brat pasal suami dy,knpe xcheck hnsd suami dy.,knpe xselidik suami dy g mne2 hri2. Dlm masa 3 thun,.. mmg masa dy byk abiskn utk sy,. Tp mne isteri dy. Klau la isteri dy buat smua tu, sy dr awl akn Thu yg dy dh kwin….. bila dpt thu dy mrh2 sy, tu pow sbb sy nk kepastian,jd sy g rumh kluarga llki,.

    Sbb sy yg sliding,bru isteri dy Thu, yg llki dy nk kwin lg. Phtu mrh sy… Abis suami ko smggu xblik umh ko xde pow pdlikn dy. Bru Thu dy nk kwin. Bru nk jlnKwn btgjwb ,,bru nk masak utk suami, bru nk ambk Thu suami kt mne…

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!