5 Petua Untuk Kekal Romantis Selepas Berkahwin Dari Saya

Tali Kasut Love (Foto: gags9999)

Jika anda sudah menonton filem ‘The Notebook‘, anda pastinya merasa teruja untuk menjadi seromantis watak utama.

Apa tidaknya, dari muda hingga ke tua masih lagi romantis, malahan hingga ke mati romantis itu berkembang.

Untuk yang baru berkahwin atau yang sudah berkahwin, di sini saya kongsikan 5 petua untuk kekal romantis selepas berkahwin.

InsyaAllah ianya boleh digunakan untuk menceriakan lagi perhubungan anda suami isteri.

1. Berkongsi Kod Rahsia

Saya masih ingat lagi akan perjanjian saya dengan isteri sebelum berkahwin iaitu kami ada kod rahsia tersendiri untuk mengekalkan keceriaan hubungan kami.

Kod Rahsia

Antaranya ialah sistem denda seperti jika terbuat X, akan didenda Y.

Biasanya denda yang diberi adalah sesuatu yang mudah dan mengembirakan serta melibatkan kedua-dua pihak.

Contohnya ialah jika isteri saya terlupa sesuatu, saya akan usap kepalanya dan kami akan sama-sama ketawa.

Mungkin sukar difahami kerana ianya bersifat individu, namun saya yakin anda boleh memiliki sesuatu denda yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama.

2. Makan Malam Istimewa

Oleh kerana saya bekerja online, satu hal yang saya dan isteri bebas lakukan adalah menghadiri pelbagai majlis ilmu selepas maghrib.

Oleh yang demikian, selepas Isyak, kami akan keluar makan di restoran-restoran berdekatan masjid-masjid tersebut.

Ianya merupakan satu keseronokan kerana kami dapat mencuba pelbagai jenis masakan tempatan di situ.

Apa yang menjadikan ia romantis ialah, kami biasanya berkongsi makan satu mangkuk atau pinggan.

Perkongsian itu sebenarnya yang mengukuhkan lagi hubungan kami.

Romantis tak? Hehe..

3. Berpegangan Tangan

Saya dan isteri kerap keluar untuk membeli barang dapur kerana makanan yang segar itu tentunya lebih baik.

Bila kami keluar bersama, isteri akan memeluk lengan saya dan saya biasanya menjadi tukang bawa bakul (beg tangan isteri kat dalam bakul).

Asalkan tidak keterlaluan, berpegangan tangan ketika berjalan bersama pastinya dapat menimbulkan perasaan romantis antara pasangan.

Jika sudah ada anak, bolehlah menggunakan Baby Carrier.

Kadang-kadang, perasaan romantis itu hanya memerlukan sedikit sentuhan sahaja.

4. Teknologi

Saya masih ingat lagi betapa ramai pelanggan yang bertanyakan saya akan Whatsapp dan Facebook dan saya mengatakan tiada, mereka seolah-olah terkejut.

Saya dan isteri sekadar menggunakan handphone nokia lama sahaja dan saya hanya online menggunakan komputer.

Kebergantungan kepada teknologi sebenarnya membuatkan ramai orang gagal dalam meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan mereka.

Ada yang lebih kepada TV, kepada permainan handphone, dan pasangan mereka dibiarkan terasing.

Untuk kekal romantis, utamakan aktiviti bersama pasangan anda berbanding diri anda sendiri sahaja.

5. Spontan

Baru-baru ini semasa dalam penerbangan Air Asia, saya secara spontannya membeli simkad Tune Talk Traveller untuk saya dan isteri, konon-kononnya nak dapatkan nombor pasangan yang istimewa.

Setibanya di rumah, setelah chatting dengan pegawai pengurusan pelanggan, isteri saya mengatakan bahawa simkad tersebut hanya untuk non-Malaysian.

Akibatnya, saya dan isteri turun ke Damansara untuk menguruskan hal tersebut.

Sepanjang perjalanan, isteri saya ketawa kerana nak romantis sangat, kena pula urus hal simkad selepas solat Jumaat.

Spontan yang failed ke ni? Haha..

Apa yang pasti, jangan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu secara spontan untuk hubungan anda.

Jika perlu hadiahkan isteri sesuatu, hadiahkan dan jangan tunggu hari istimewa semata-mata.

Walau failed sekalipun pasangan anda akan tahu niat dan keikhlasan anda dan akan lebih menyayangi anda.

Kesimpulannya, untuk kekal romantis dalam perhubungan suami isteri, utamakan komunikasi antara anda dan pasangan anda.

Memiliki masa untuk diri sendiri itu tidak salah, namun utamakan pasangan anda dan InsyaAllah hubungan anda akan menjadi lebih erat dan kekal romantis.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~



Luqman Mikhail
Luqman Mikhail adalah seorang penulis dan blogger.
www.luqmanmikhail.com

Banyak Lagi Di Saudari

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!