13 Strategi Untuk Melupakan Suami Orang Tanpa Banyak Drama

Lupakan Cinta Suami Orang? ( vanf / CC BY )

Cintaku si suami orang?

Nak sehidup semati?

Oh, tidak! Banyak hati yang perlu di jaga, hatta diri sendiri pun mungkin akan berperang sendiri.

Oleh itu, apakah cara untuk melupakan suami orang yang kita cinta separuh nyawa tu???

Okay.. Jom cuba dulu tip-tip ini..

 

#1. Fikir Dan Niat

Yes, buat apa pun, mesti fikir.

Sama ada sebelum buka hati, atau semasa bercinta sampai ke tahap serious.. Perbanyakkan soalan kepada diri sendiri.

Aku rampas dia?

Boleh ke dia bertanggungjawab kepada kedua-dua isteri nanti?

Bagaimana kalau dikecam?

Bagaimana jika dia tiba-tiba menduakan kami?

Paling penting, bagaimana nasib kami sekeluarga di sana (akhirat) ?

Banyakkan persoalan untuk mendapat jawapan.

Namun fikiran adakalanya mengikut kata hati, apa yang merajai hati, itu yang di mahukan.. Sewajarnya, hati kena kental untuk memutuskan hubungan dengan suami orang dan meneruskan niat untuk melupakan si dia, suami orang lain..

Selain dari itu, anda mungkin boleh fikir di tempat yang tenang… memikirkan secara keseluruhan.

Apakah niat atau baik buruk sebelum bertindak. Perasaan tu, anda yang kawal.

Mungkin hati tak kuat? Itu yang merunsingkan!

Benar kerana cinta atau hal lain sebenarnya..?

 

#2. Dengar Dan Lihat

Kenapa kena dengar dan lihat?

Ini bermaksud, semasa becinta, jangan fikir manis sahaja.

Cuba lihat dan dengar kisah mereka yang telah bermadu atau berkahwin dua.

Baik kisah daripada pihak lelaki mahupun wanita.

Dapatkan kepastian tentang menjadi yang kedua.

Macam mana keadaanya pun, still hati isteri yang pertama perlu di jaga dan di persetujui.

Adakah mudah mendapat persetujuan dengan rela hati atau si lelaki yang bertindak memaksa?

Anda kena fikir logik, Siapa nak bermadu?

Untuk apa bercinta jika berperang sendiri sebenarnya?

 

#3. Tutup Telefon Bimbit

Bagi menenangkan fikiran, anda perlu mengasingkan diri seketika tanpa gangguan telefon terutamanya.

Ini adalah kerana, gangguan tersebut menyebabkan keputusan mungkin dalam keadaan terburu-buru atau tersalah langkah.

Contoh, baru je nak fikir, tapi dapat panggilan kerja tiba tiba..

Walhal dah serahkan kepada orang lain.

Ha, ini betul-betul tak boleh fokus!

Atau, si kekasih hati yang risau.. maka anda terus cair dengan dia!

Memang gagal misi untuk mencari jawapan..

 

#4. Tempatkan Diri Anda

Ok, tempatkan apa? Hmm.. bukan tempat dalam hati si dia lelaki suami orang, tapi…

Tempatkan dirimu di dalam hati bini pertama.

“ Kenapa pompuan tu kacau laki aku, sedangkan aku dah bersusah payah untuk dia..”

“..Kenapa pompuan tuh tak paham sakitnya hati aku bila laki aku habiskan masa dengan dia, pompuan perampas? ”

atau..

“ Hina sangat ke aku sampai perempuan tuh dapat goda laki aku, kenapa tak tegur je kekurangan aku, bukan cari lain! ”

 

#5. Jangan Fikir Dah JODOH

Betul, fikiran ni harus di ketepikan sebelum melangkah ke fasa lebih jauh.

Kalau anda berfikiran begitu, tentu-tentu anda dah selamat dengan laki orang tuh.

Anda haruslah berfikir secara waras, walau sunyi macam mana pun, aku akan hindari kahwin laki orang.

Kita manusia ada ALLAH yang mendengar rintihan, mungkin kita nak suami yang macam itu, macam ini..

Tapi belum dikurniakan lagi..

Kawal hati untuk elak daripada bermesra dengan laki orang.. jangan susahkan hati!

Ingat, ALLAH takkan ubah nasib hambaNYA jika dia sendiri tak cuba..

So, apa point nak fikir itu adalah jodohmu?

Jangan fikir korang berjodoh! elakkanlah!

 

#6. Sibukkan Diri, Tukar Rutin Harian

Ya, bila anda menyibukkan diri dengan kerja atau amalan lain, masa anda akan tertumpu kepada hal yang lain..

Maka urusan cinta suami orang boleh diabaikan..

Bukan satu perkara je yang perlu di fikirkan, banyak lagi..

Maka sibukkanlah dirimu.

Tengok balik hobi anda.. lakukan ia sebaik mungkin.. buat persaingan sihat dan lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress..

Atau tukar rutin harian anda, berbeza dengan rutin sewaktu bersamanya.

Jangan buat aktiviti yang mengingatkan anda kepadanya.

 

#7. Jangan Berbincang Banyak Kali

Untuk kali pertama, anda kena cuba nyatakan hasrat tersebut kepada si dia.

Atas alasan apa dia curang dan ingin berkahwin denganmu?

Kemudian anda seharusnya tegas menegur dia agar dia sendiri melatih isterinya, membimbing kearah lebih positif, bukan membuat keputusan mencari lain!

Setelah itu, elakkan berjumpa kerana bimbang mudah terpedaya dan tergoda untuk bersama semula dengan lelaki suami orang itu.

Minta dia hormatkan anda, untuk mencari ketenangan dan jauhkan diri.

 

#8. Buang Kenangan Lalu

Susah tapi kena cuba.

Segala barang time besday ker, anniversary ker, hari raya ker.. apa apa sahaja, sila dibuang..

Gambar-gambar selfie atau yang di siar dekat MukaBuku, Instagram, Whatsapp pun sepatutnya di hapuskan.

Bukan sekadar buang tapi hapus!

Block FB atau sosial media yang menghubungkan kalian.

Katakan tidak kepada memori tu!

Ia adalah kenangan yang memberi tekanan!

Atau mungkin anda boleh koyakkan-koyakkan dan rosakkan pemberian si dia..

Jika nak beri sumbangan, boleh saja tapi jangan beri kepada mereka yang berhampiran denganmu.

Bimbang terimbau balikk..

Jangan tengok lagi, jangan dengar lagi.. lagu kenangan kalian..

ini melambatkan proses melupakan.

 

#9. Bercerita

Ceritakan kegelisahan hatimu kepada sesiapa yang di percayai.

Ini boleh membuat pendengar setia memberi nasihat dan anda merasa lega.

Di samping bercerita, rakan anda mungkin boleh membantu atau ada pengalaman untuk mengatasinya.

 

#10. Semangat Dan Redha

Hidup perlu dilalui dengan penuh semangat.

Untuk semangat, cuba tenangkan hati dan terima kisah tersebut dengan hati terbuka.

Kuatkan semangat anda untuk lupakan si dia lelaki berstatus suami orang, ada yang lebih baik menanti..

Redha bahawa hal ini adalah ketentuanNYA.

Tapi pilihan tetap sentiasa ada agar boleh membuat sebaik-baik pilihan.

Senyum dan langkahlah lebih jauh!

Jangan menoleh kenangan kalian lagi.. Past is past, lets move on, create new memory!

 

#11. Listkan Keburukan

Ya, listkan keburukan, bukan keburukan pasangan atau diri sendiri.

Tapi listkan apa yang buruk jika merampas suami orang.

Anda akan ingat dan serik untuk bersama mereka.

Buat reminder, tentang perkara-perkara tak best apabila menjadi yang keDua.

 

#12. Katakan TIDAK to KEDUA

Say a BIG NO to hidup bermadu atau dimadukan..

Katakan dengan kuat agar anda kekal aktif dan bersemangat melupakan..

Walaupun hari-hari menjerit, tetap harus di buat agar keadaan kekal positif, suami orang tak boleh di ganggu!

[ Cara Untuk Memutuskan Hubungan Daripada Lelaki Yang Tidak Serius ]

 

#13. Solat Sunat dan Membaca Al-Quran

Rajinkan untuk solat sunat hajat, agar hajat untuk melupakan si dia terus tercapai.

Allah berkuasa untuk menggerakkan hati.. minta di tetapkan hati, di kukuhkan iman agar terus positif dan tak ingat lagi hal-hal yang lalu..

Dan, baca Al-Quran juga memang menenangkan jika ikhlas serta selalu mengingatiNya.

Yakinlah kepadaNYA ~

 

~ Begitulah strategi & cara yang dapat dikongsikan ~

Ingat, rasa madu memang manis, tapi dalam kehidupan..

Tiada yang nak atau suka dimadukan..

Realitinya, madu itu kebanyakannya pahit kerana rasa tanggungjawab itu perlu diambil berat.

Sikap adil dan banyak lagi…

Thinkk!


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Nona Sani
Nona sani seorang blogger yang suka beramah mesra dan sukakan pink. Boleh layari blog beliau : nonasani.blogspot.my

Banyak Lagi Di Saudari

2 Responses

  1. Husna says:

    Kalo save no dia lg mcm mana? Saje nk tnjuk bahagia takde dia haha

  2. nona says:

    Bolehhhhh je..hahaha~ tapi konpem dia bahagia? haaaa,no problem je, jgn sakit hati balik ngn dia

Ada komen atau soalan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!