Anak Tak Suka Mengaji? Leka Tengok Boboiboy & Frozen? Cuba Guna 13 Tip Ini..

Budak Malas Mengaji

Monyok Muka Budak Ini / Foto: amrufm

Anak-anak ialah anugerah terindah dan harus dipupuk kearah kebaikan sejak awal.

Antara didikan yang perlu dibiasakan ialah mengaji.

Namun dengan kewujudan rancangan di televisyen seperti Boboiboy, Frozen, dan banyak lagi, sudah tentu ia mengganggu keinginan anak-anak untuk mengaji.

Jadi, hari ni ada 13 tip macam mana nak suruh anak lebih rajin dan suka mengaji daripada tengok rancangan-rancangan tersebut.

Tapi bukan bermakna tidak boleh hiburan sebegitu,

Cuma janganlah sampai ketagih dan non-stop menonton.

Jom baca info ni!

 

#1

TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK

Dalam hal ini, ibu bapa atau orang sekeliling haruslah menunjukkan contoh yang baik sebelum di ikuti si anak.

Contohnya, ajak anak untuk membaca muqadam.

Tapi jika dia tidak mahu, ibu bapa terutamanya ibu, perlu sering membaca muqaddam tersebut di hadapannya.

Setiap kali lepas solat, tunjukkan anda sedang baca muqaddam, dan ajaknya berulang kali, walaupun si anak cuba memberi alasan penat, malas mengaji, mengantuk dan sebagainya.

Kerana melalui contoh baik yang diberikan, dan ajakan yang berterusan, inshaALLAH mereka akan terdorong untuk turut memulakan sesi ‘mari mengaji’.

Jika si abang atau kakak telah belajar mengaji, sudah tentu adiknya juga senang untuk mengikut.

Anak-anak mudak terpengaruh sebenarnya, sebab itulah perlu dididik awal.

 

#2

BELI CD KANAK-KANAK MENGAJI

Kenapa CD Kanak-kanak , bukan dewasa?

Hal ini bagi menarik perhatian kerana cara penyampaian lebih menarik.

Kebanyakan CD disediakan dalam bentuk muzik, dan alunan yang senang dihafal.

Oleh sebab itu, sel otak akan berhubung antara satu sama lain lalu melatih jiwanya untuk menyukai amalan tersebut.

 

#3

HANTAR KE NURSERY ATAU TADIKA

Pelbagai nursery dan tadika diwujudkan untuk anak-anak kecil.

Seeloknya, hantarlah mereka belajar di tempat yang mempunyai kelas mengaji.

Di sana, mereka akan sering dipantau dan banyak aktiviti dilakukan untuk memberi ilmu berkaitan mengenal huruf al-Quran.

Seterusnya, apabila mengaji beramai-ramai , ianya dapat menimbulkan perasaan seronok untuk terus mengaji, dan bersaing secara sihat.

Guru-guru turut memainkan peranan bagi membentuk jati diri si kecil.

Bukan itu saja, malah perasaan minat mengaji dapat dipupuk sedikit demi sedikit, lebih-lebih lagi jika guru tersebut membuat pertandingan atau ujian untuk mereka yang lancar mengaji.

 

#4

BERIKAN GANJARAN

Ini salah satu cara yang agak terdesak.

Hal ini kerana mereka seolah-olah mengaji untuk dapatkan ganjaran.

Namun begitu, melalui desakan, ia akan berubah menjadi kebiasaan.

Cuma untuk permulaan, janjikan upah sedikit walau Rm 1 untuk sehelai muka surat yang dibaca dengan lancar.

InshaALLAH , kaedah ni menyebabkan si anak bersemangat untuk segera belajar dan menghabiskannya kerana budak-budak sukakan hadiah, lebih-lebih lagi jika ia menarik.

 

#5

BERCERITA KEBAIKAN MENGAJI

Ye, ceritalah tentang kebaikan mengaji, bahkan mengenai doa nabi atau kisah-kisahnya turut boleh diselitkan bagi memberi imaginasi kepada anak-anak tentang kebaikan mengaji.

Cara ini bukan sahaja dapat melatih minda si anak tapi juga dapat menerap sifat mahmudah dalam diri.

Walaupun mereka hanya tahu Alif, Ba Ta, bolehlah dimulakan dengan kisah-kisah kebaikan atau pengajaran berkaitan mengaji.

Segala yang berkaitan seperti dapat pahala, mudah menghafal, Allah sayang, dan diberi ganjaran, perlu diceritakan dengan nada yang menarik perhatian.

 

#6

HANTAR KE KELAS MENGAJI

Kelas mengaji akan menemukan si anak dengan kawan-kawan.

Sudah tentu mereka segan untuk katakan ‘tidak’, Melalui kaedah ini, semangat berkobar untuk mengaji dengan elok pasti wujud.

Bahkan mungkin sehingga di rumah juga mereka mengaji untuk melancarkan sebutan mereka.

Dari tadika ke kelas mengaji, menyebabkan mereka selalu terdorong untuk rajin mengaji.

 

#7

BAWAK KAWAN DATANG KE RUMAH SEMASA MENUNGGU MASA MENGAJI

Ya, sebelum mengaji, kawan-kawan akan datang untuk dapatkan giliran paling awal selesai mengaji.

Oleh itu, ajaklah mereka duduk di rumah sementara menunggu masa yang sepatutnya daripada bermain kejar-kejar di luar rumah.

Buatkan mereka air, dan pasangkan CD kanak-kanak mengaji.

Biar mereka terasa ingin mengaji beramai-ramai.

 

#8

ALIHKAN PERHATIAN

Untuk menghalang, pastilah tidak sama sekali.

Namun jika ada beli CD Boboiboy & Frozen, sorokkan CD itu untuk sementara bagi memupuk semangat rajin mengaji.

Katakan padanya bahawa, CD tersebut hanya boleh ditonton pada waktu tertentu, sekiranya tidak, CD tu akan
dijual semula.

Dan lagi satu, jangan diletakkan di tempat yang mudah diambil, risau sekiranya mereka cuba-cuba mengugut kita pulak.

Sekiranya Di TV, nyatakan waktu tertentu sahaja cerita tu akan ditayangkan, agar mereka set dalam otak waktu tertentu.

Sudah pasti kanak-kanak akan ingat apa yang dijanjikan dan perkara yang menjadi rutin mereka.

 

#9

AJAK KE KELAS ILMU

Bagi anak-anak yang tidak kuat merengek, amat digalakkan untuk dibawa ke kelas kerohanian yang diadakan di mana-mana.

Berikan telefon bimbit atau apa sahaja yang boleh membuat mereka leka dan tidak berlarian dengan kanak-kanak lain.

Pangkukan mereka, agar mereka turut mengetahui bahawa mereka berada dalam majlis yang baik yang diredhai ALLAH.

Setidaknya, mereka mendengar alunan ayat al-Quran.

 

#10

AJARKAN DOA

Kadangkala, mereka belum tahu mengaji sepenuhnya tapi mereka boleh mengikuti serta menghafal bacaan doa.

Jadi, ajarkan mereka doa-doa.

Semoga lama kelamaan, bila doa sudah dihafal, maka hati mereka terminat untuk belajar mengaji, agar dapat baca doa itu sewaktu bersendirian tanpa bantuan orang.

Doa juga dapat melembutkan hati dan mendekatkan diri kepadaNYA.

 

#11

TAMPAL DI DINDING

Boleh tampal huruf jawi tersebut secara besar-besaran di tempat yang senang serta selalu dilihat.

Tampal pelekat di dalam biliknya atau kertas bersaiz besar yang mengandungi huruf jawi.

Jika tampal di sebelahnya, si anak akan selalu melihat perkataan tersebut maka dapat belajar sedikit demi sedikit.

Lagipun kini terdapat banyak pembelajaran di atas sehelai kertas seperti Mari Mengenal Jawi

 

#12

BUKU DAN GAME MENGAJI

Sediakan buku latihan, yang meminta mereka mengisi tulisan jawi atau simbol-simbol mengaji, tulisan seperti sambung titik-titik huruf dan ajar mereka agar menyebutnya selepas selesai.

Selain itu, game jugak boleh diguna pakai, maksud game di sini ialah pembelajaran di dalam gadget, seperti mereka akan bunyikan satu persatu huruf di setiap check point.

Maka sudah tentu anak-anak akan turut jerit dengan gembira mengikut bunyi tersebut.

 

#13

MAKAN DAN MINUM MENU YANG HALAL LAGI BERKHASIAT

Untuk memudahkan hati anak-anak lembut dan mendengar kata, berilah makanan dan minuman yang halal, agar menjadi darah daging yang berkat.

Selain itu, berikan yang berkhasiat agar sihat minda dan jiwanya dalam menerima nasihat serta ilmu.

Ingat, Segala kejayaan sememangnya dimulakan daripada menu yang ditelannya.

Selesai 13 tips berguna yang dikupas daripada pengalaman ramai berkaitan si anak dan si kecil untuk memupuk minat mendalam terhadap ilmu mengaji ini.

Sesungguhnya, anak ialah tanggungjawab bersama agar didikan awal dapat menjaga mereka sampai bila-bila sekaligus melahirkan individu yang cemerlang sahsiah di dunia dan akhirat.

Sentiasalah berdoa supaya dipermudah dan diberkati segala amalan harian serta ilmu yang wujud.

AMIN.


~~~~~~~
Anda ada (Sejarah @ Kisah) yang nak di luahkan? Ingin kongsi bersama apa yang terpendam di hati? Sila pergi terus ke sini untuk berkongsi sesuatu >>
~~~~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *